Betul ke ada orang boleh hack system Israel?

Bila dengar cerita yang hacker ni boleh hack sistem Israel ni, terus jadi topik panas! Sampai kan media pun tulis pasal benda ni. Dalam dunia IT yang penuh dengan keajaiban ni, memang tak mustahil semua tu boleh jadi. Tapi, korang kena ingat, tak semua yang berkilau tu emas.

hack system Israel - Soalan dia betul ke?

Real atau cuma nak glamor?

Dari segi teknikal, memang tak mustahil untuk sesiapa saja cuba ‘hack’ sistem siber negara lain, termasuk Israel. Tapi, dalam banyak-banyak cerita ni, korang kena berhati-hati, sebab nak hack ni bukan perkara yang senang lagi lagi Israel. Ingat orang sana bodoh bodoh je ke? Tak ada team cyber security? Boleh baca sampai habis.

  1. Ramai scammers yang pandai main wayang: Dalam dunia online ni, senang untuk scammers berpura-pura jadi hacker tahap dewa. Mereka ni guna macam-macam trick untuk buat orang percaya dengan cerita dongeng mereka.
  2. Ada yang suka cari spotlight: Dalam dunia hacker, tak kurang yang suka buat bising, lebih kepada nak tunjuk hero daripada buat kerja sebenar.
  3. Cerita rekaan untuk jadi viral: Dengan teknologi editing yang canggih, senang je nak buat gambar atau video fake yang nampak macam real deal.

Macam mana nak buat cerita hack yang ‘wow’?

Zaman sekarang, dengan internet dan software yang canggih, tak susah pun untuk korang cipta cerita hacking yang nampak hebat:

  1. Ambil apa yang ada dekat internet: Macam-macam bahan korang boleh jumpa secara online. Ambil sikit-sikit, tweak sikit, dan claim sebagai kerja sendiri. Contoh macam code, system & macam macam lagi.
  2. Edit sana sini buat nampak dramatik: Dengan software seperti Photoshop, senang je nak ubah gambar atau video supaya nampak macam scene dari movie.
Hackers Malaysia menafikan tentang statement hack system Israel

Masyarakat yang tak berapa faham IT akan mudah terpedaya

Bagi orang yang tak banyak tahu pasal IT atau security, cerita-cerita macam ni memang mudah untuk percaya:

  1. Kelihatan convincing: Bila ada ‘bukti’ dalam bentuk gambar atau video, orang yang kurang pengetahuan IT mungkin akan terpedaya.
  2. Susah nak bezakan real dan fake: Tanpa pengetahuan asas tentang IT, susah untuk orang awam bezakan apa itu fakta dan apa itu fiksyen dalam dunia digital.

Kesimpulan: Jangan mudah percaya

So, walaupun secara teknikalnya bukan perkara yang mustahil, tapi ada banyak cerita hack sistem Israel ni sekadar gebang dan nak nama diorang naik je. Padahal diorang TIPU SAHAJA.

Ramai je acah acah pandai hacking. Padahal programming pun tak tahu. So penting untuk kita semua, sebagai pengguna media sosial dan internet, untuk jadi lebih bijak. Jangan cepat percaya dengan apa yang kita baca atau lihat, terutamanya kalau ia datang tanpa bukti yang solid. Dalam dunia digital yang penuh tipu helah ni, sentiasa gunakan logik dan ilmu yang kita ada, dan ingat, berhati-hati tu penting!