Apa itu AMLA di Malaysia? Mungkin korang nak tahu

Pengenalan ringkas tentang AMLA

AMLA merujuk kepada Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001. AMLA bertugas untuk menyiasat semua transaksi yang meragukan seperti aktiviti aktiviti keganasan, penipuan & yang berkaitan. AMLA dibangunkan mengikut piawaian global yang ditetapkan oleh FATF, supaya sistem kewangan korang lebih selamat.

Macam mana AMLA berfungsi?

SPRM pula merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tugas AMLA adalah membuat financial analysis & money trail. Biasanya diorang akan fokus kepada kes yang melibatkan high value atau high profile. AMLA mampu trace dan menyekat segala financial yang berkaitan dengan money laundering.

AMLA juga bekerjasama dengan pelbagai unit international, menjadi kan AMLA mampu mengambil tindakan kepada warganegara yang terlibat dalam pengubahan wang haram di luar negara. Sebenarnya ada macam-macam agensi yang terlibat dalam hal ni, termasuklah Bank Negara Malaysia.

Apa yang institusi kewangan kena buat?

Institusi kewangan macam bank kena jadi mata dan telinga dalam hal ni. Mereka kena pantau transaksi yang pelik-pelik atau freeze akaun yang suspect macam ada kaitan dengan aktiviti haram.

Dan, kalau ada yang mencurigakan, diorang akan segera laporkan kepada Bank Negara Malaysia. Juga, diorang kena buat penapisan transaksi, maksudnya kena pastikan pelanggan diorang tu bukan dalam senarai hitam atau terlibat dalam aktiviti yang haram​​.

Jadi, macam mana dengan keldai akaun atau kes scam?

Keldai akaun bermaksud owner menyerahkan akaun bank mereka kepada orang lain, dan membiarkan orang lain menggunakan akaun bank tu untuk Money Laundering.

Dalam AMLA, penggunaan keldai akaun macam ni boleh dianggap sebagai sebahagian daripada pengubahan wang haram. AMLA boleh mengesan traksaksi yang mencurigakan antara bank ke bank. Contohnya, penipuan online, kemudian ditransfer kepada banyak akaun untuk tujuan “membersihkan” duit & untuk menghilangkan jejak.

Macam mana AMLA protect sistem kewangan korang?

Bank Negara Malaysia ni ada unit khas iaitu Financial Intelligence and Enforcement Division, yang bertugas untuk menganalisis semua laporan dari institusi kewangan (bank).

Semua transaksi bank, ewallet atau apa sahaja yang melibatkan kewangan, diorang selalu pantau dan control. Jadi, kalau ada apa-apa transaksi mencurigakan, mereka yang akan siasat dan ambil tindakan​.

AMLA sentiasa upgrade, sentiasa mengikuti perkembangan teknologi, juga meliputi transaksi dalam bentuk digital, termasuk cryptocurrency. Ini bermakna, aktiviti yang berkaitan dengan cryptocurrency, seperti penyimpanan atau perkhidmatan nasihat mengenai mata wang digital, juga tertakluk di bawah AMLA​​.

Jadi, gitu lah lebih kurang cerita pasal AMLA kat Malaysia ni.