Macam mana nak settlekan hutang dalam CTOS?

INGAT pesanan ni. Dalam CTOS tak ada siapa yang boleh tolong settlekan rekod CTOS korang melainkan korang sendiri yang settlekan dengan membayar semua hutang yang ada. Jadi kalau ada orang yang claim dia boleh settlekan untuk korang dengan bayaran tertentu, itu scam!

Langkah pertama: berurusan terus dengan bank atau syarikat

Langkah pertama, korang kena deal terus dengan bank atau syarikat yang korang berhutang. Contohnya, kalau korang ada hutang dengan Astro, Maxis, atau apa-apa syarikat, pergi terus jumpa diorang. Settlekan hutang tu. Kadang-kadang, kita ingat dah settle, tapi sebenarnya ada baki tersembunyi yang kita tak sedar.

Artwork by HackersMalaysia.com

Langkah kedua: Minta syarikat clearkan CTOS

Bila dah settle hutang, jangan lupa minta syarikat tu clear nama korang dalam CTOS. Biasanya, mereka akan buat, tapi kadang korang kena ingatkan atau double confirmkan. Ini penting, sebab walaupun hutang dah clear, kalau rekod dalam CTOS tak update, memang nama korang tetap dalam senarai hitam.

Kalau nama still tak clear dalam CTOS: apa yang boleh buat?

Kadang-kadang, walaupun syarikat dah kata mereka clear, tapi bila check dalam CTOS, nama korang masih ada. Kalau jadi macam ni, jangan panik. Korang boleh terus contact CTOS. Cara paling mudah, email je mereka. Sediakan semua bukti pembayaran yang korang dah buat dan minta mereka update dalam sistem CTOS. Memang mudah sangat.

Pentingnya sentiasa check rekod CTOS

One last thing, guys. Selalu check rekod CTOS korang. Benda ni penting sebab kadang-kadang ada kesilapan atau kelewatan dalam update rekod. Jangan biarkan nama korang terus blacklist, sedangkan korang dah settle semua. Subscribe melalui app CTOS, so korang boleh tahu status korang macam mana.

Kesimpulan: jangan takut untuk settlekan hutang

So, hanya itu sahaja cara untuk korang settlekan hutang dalam CTOS. Tak ada orang lain yang boleh bantu settlekan. Hanya syarikat yang korang berhutang tu saja yang boleh settlekan. Ingat, jangan takut atau malu untuk uruskan hutang. Lagi cepat korang settle, lagi cepat nama korang clean. Semoga berjaya!