Apa itu Digital ID? Rakyat Malaysia perlu tahu

Sekarang ni kalau korang perasan, bila nak buat apa-apa urusan online dengan kerajaan atau swasta, mesti banyak step yang kena lalui, kan? Contohnya, setiap kali nak daftar akaun baru atau buat transaksi, korang kena upload IC depan belakang, ambil gambar selfie sambil tunjuk IC, dan kadang-kadang siap kena scan cap jari lagi. Semua ni makan masa dan agak leceh. Tapi dengan MyDigital ID, semua masalah tu dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan pantas.

Apa sebenarnya MyDigital ID?

MyDigital ID adalah satu inisiatif digital yang diwujudkan untuk memudahkan korang. Secara mudahnya, MyDigital ID ni berfungsi macam kad pengenalan diri tapi secara digital.

Dulu, kalau korang nak buat urusan rasmi macam buka akaun atau login ke platform kerajaan, mesti kena lalui proses pengesahan yang panjang. Kena pergi cawangan, scan cap jari, tunjuk IC depan belakang banyak kali untuk setiap platform yang korang nak gunakan. Lepas tu dimudahkan lagi, hanya buat pengesahan secara online.

Tapi sekarang kerajaan mudahkan lagi dengan hanya buat 1 sahaja pengesahan tapi boleh digunakan dimana mana platform yang perlukan pengesahan diri. Dengan MyDigital ID, korang cuma perlu sahkan identiti sekali sahaja. Lepas tu, semua urusan digital korang jadi lebih cepat dan mudah.

Credit to Malaysia Madani

Untuk siapa sebenarnya MyDigital ID ni?

Sebenarnya, MyDigital ID ni sesuai untuk semua rakyat Malaysia yang aktif dalam urusan online. Kalau korang kerap guna perkhidmatan online macam MyJPJ, MySejahtera, atau platform lain yang melibatkan kerajaan atau swasta, MyDigital ID ni memang sesuai untuk korang.

Bayangkan, tak payah lagi susah-susah nak upload IC atau buat pengesahan diri banyak kali. Korang cuma perlu verify identiti sekali dengan MyDigital ID, lepas tu boleh guna untuk semua platform yang menyokong teknologi ni.

Contohnya, kalau korang nak login MyJPJ, korang memang wajib ada MyDigital ID. Kalau tak ada, korang tak boleh nak login langsung. Jadi, nak tak nak, memang korang kena daftar MyDigital ID untuk akses ke platform-platform penting macam ni. Dan bukan setakat MyJPJ je, semua urusan digital lain akan menyusul untuk guna MyDigital ID ni sebagai standard pengesahan diri.

Bagaimana MyDigital ID memudahkan urusan online korang?

Sebelum adanya MyDigital ID, proses pendaftaran dan pengesahan identiti ni agak leceh sebab setiap platform ada cara pengesahan masing-masing. Ada yang kena ambil gambar IC depan belakang, ada yang suruh buat video selfie untuk pastikan betul-betul korang ni orangnya. Tapi sekarang dengan MyDigital ID, semua tu boleh dikurangkan.

Sistem ni berfungsi dengan cara yang sangat simple: Korang sahkan identiti korang sekali je dengan MyDigital ID. Selepas tu, bila korang nak daftar di mana-mana platform, tak payah lagi lalui proses pengesahan yang panjang. MyDigital ID akan berfungsi sebagai “passport digital” korang – satu identiti untuk semua urusan online. Tak perlu lagi banyak kali upload IC atau selfie.

Adakah MyDigital ID selamat?

Bila sebut tentang urusan online, korang mesti risau tentang keselamatan, kan? Jangan risau, MyDigital ID direka dengan lapisan keselamatan yang cukup ketat. Sistem ni bukan je secure, tapi juga tak simpan data peribadi korang macam cap jari atau gambar selfie korang. Semua data pengesahan identiti ni hanya digunakan untuk sahkan korang dan takkan disimpan atau dikongsi dengan mana-mana pihak tanpa kebenaran korang.

Selain tu, MyDigital ID menggunakan teknologi penyulitan tinggi yang sukar digodam. Jadi, korang boleh rasa selamat setiap kali guna MyDigital ID untuk login ke mana-mana platform. Apa yang penting, sistem ni tak memerlukan korang untuk berkongsi maklumat sensitif seperti kata laluan atau maklumat peribadi lain kepada mana-mana pihak ketiga.

Wajib ke daftar MyDigital ID?

Walaupun MyDigital ID ni tak diwajibkan untuk semua urusan, tapi dengan makin banyak platform kerajaan dan swasta mula menggunakan teknologi ni, lambat laun korang akan rasa keperluan untuk daftar.

Contohnya, macam yang kita bincangkan tadi, kalau nak login MyJPJ, korang memang perlu MyDigital ID. Tak ada MyDigital ID, memang tak boleh nak buat urusan.

Selain tu, banyak platform lain yang akan guna MyDigital ID sebagai cara standard untuk login dan pengesahan identiti. Jadi, kalau korang nak urusan digital jadi lebih mudah di masa depan, lebih baik daftar sekarang dan bersedia untuk masa depan yang lebih senang.

Keperluan masa depan dengan MyDigital ID

Korang mungkin tak perasan, tapi MyDigital ID ni bakal jadi salah satu teknologi penting dalam urusan digital di Malaysia. Apa-apa saja yang melibatkan pengesahan identiti, dari urusan dengan bank, syarikat telekomunikasi, hingga ke urusan kerajaan, semuanya akan beralih ke penggunaan MyDigital ID.

Jadi, MyDigital ID ni sebenarnya bakal menggantikan cara lama yang kita dah biasa guna sebelum ni – tak perlu lagi ulang-alik ke cawangan, tak perlu lagi pengesahan berulang kali, dan yang paling penting, korang tak payah susah-susah nak buktikan identiti korang setiap kali nak buat urusan online.

In short, MyDigital ID ni adalah future untuk semua urusan online di Malaysia. Korang daftar sekali, dan boleh guna banyak kali tanpa pening kepala.

Kenapa korang kena daftar MyDigital ID sekarang?

Buat masa ni, mungkin tak semua platform dah guna MyDigital ID, tapi tak lama lagi, ia akan jadi standard untuk kebanyakan urusan digital di Malaysia. Jadi, bila korang daftar awal, korang dah siap sedia untuk apa-apa urusan masa depan.

Bayangkan, tak perlu lagi buang masa dengan proses pendaftaran yang memerlukan korang hantar dokumen, buat pengesahan identiti berulang kali, atau pergi ke cawangan fizikal. Semua tu boleh dikurangkan dengan MyDigital ID.

Contohnya, kalau korang pengguna MySejahtera, nak guna MyJPJ, atau nak akses platform kerajaan macam e-Pengguna atau ePerolehan, MyDigital ID akan memudahkan login dan pengesahan diri tanpa perlu buat proses yang berulang-ulang.

Lagi satu, kalau nak buat urusan dengan bank online atau syarikat telekomunikasi, korang akan tengok lebih banyak syarikat mula guna MyDigital ID untuk proses pengesahan pelanggan. Jadi, kalau korang belum daftar MyDigital ID, korang akan ketinggalan dari segi akses mudah ke semua platform ni.

Cara Daftar MyDigital ID

Proses untuk daftar MyDigital ID pun sebenarnya tak rumit. Korang cuma perlu ikut beberapa langkah mudah:

  1. Daftar di platform rasmi MyDigital ID: Korang perlu pergi ke website rasmi yang menyediakan pendaftaran MyDigital ID. Biasanya platform-platform ni ada link untuk daftar MyDigital ID secara terus. Sebelum daftar, pastikan korang sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti IC dan mungkin juga dokumen sokongan lain.
  2. Sahkan identiti korang sekali sahaja: Masa pendaftaran MyDigital ID, korang akan melalui satu proses pengesahan identiti. Ni lah kali terakhir korang perlu lalui proses pengesahan yang panjang. Lepas tu, MyDigital ID akan dihubungkan dengan identiti korang dan boleh digunakan pada semua platform yang dah support MyDigital ID ni.
  3. Gunakan MyDigital ID untuk login ke pelbagai platform: Lepas selesai pendaftaran, korang dah boleh mula guna MyDigital ID untuk login ke mana-mana platform yang support MyDigital ID. Khususnya yang berkaitan dengan platform dalam Malaysia. Korang tak perlu lagi susah-susah buat pengesahan IC atau selfie. Semuanya diuruskan secara digital dan automatik.
Credit to SoyaCincau

Macam mana MyDigital ID berbeza dengan sistem lama?

Kalau dulu, setiap kali korang nak daftar di platform yang berlainan, korang kena buat pengesahan identiti lagi dan lagi. Proses ni bukan saja makan masa, tapi kadang-kadang leceh sebab setiap platform ada cara pengesahan yang berbeza. Ada yang guna cap jari, ada yang suruh upload dokumen, dan ada yang minta selfie. Semua ni berulang kali dan rasa macam membazir masa.

Dengan MyDigital ID, sistem ni berfungsi sebagai pengesahan identiti yang seragam. Maknanya, korang cuma perlu verify identiti sekali je. Bila dah sah, korang tak payah ulang proses yang sama untuk setiap platform. Satu kali verify, semua urusan jadi lebih lancar. Ini adalah langkah yang lebih moden, lebih praktikal, dan lebih selamat.

Bagaimana MyDigital ID membantu kurangkan risiko penipuan identiti?

Selain daripada memudahkan proses pengesahan diri, MyDigital ID juga berfungsi untuk protect identiti digital korang. Sebelum ni, ada banyak risiko penipuan identiti agak tinggi sebab setiap kali korang upload dokumen atau buat pengesahan selfie di pelbagai platform, data korang tersebar dan mungkin digunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Tapi dengan MyDigital ID, korang tak perlu lagi berkongsi dokumen sensitif macam IC atau maklumat peribadi yang lain kepada mana mana platform. Semua data korang hanya ada dalam MyDigital ID.

Semua data pengesahan hanya perlu disahkan sekali dan lepas tu dikawal secara ketat dalam sistem MyDigital ID. Teknologi ni juga menggunakan penyulitan yang advanced untuk memastikan identiti korang sentiasa selamat.

Jadi, korang boleh rasa lebih yakin bila buat urusan online tanpa risau identiti korang akan disalahgunakan oleh scammer atau pihak yang berniat jahat.

Penggunaan masa depan MyDigital ID dalam kehidupan harian

Korang mungkin tertanya-tanya, selain daripada signup ke platform kerajaan atau syarikat swasta, apa lagi kegunaan MyDigital ID? Sebenarnya, kegunaan MyDigital ID ni jauh lebih luas daripada sekadar login ke akaun online. Dalam masa terdekat, korang akan nampak lebih banyak platform mula adopt MyDigital ID untuk pelbagai urusan seperti:

  • Urusan dengan bank dan syarikat kewangan: Korang boleh gunakan MyDigital ID untuk verify identiti masa buat urusan perbankan online. Tak perlu lagi hantar dokumen fizikal atau buat pengesahan diri yang leceh.
  • Pembelian dan transaksi e-commerce: Banyak platform e-commerce akan mula guna MyDigital ID untuk verify identiti pembeli dengan lebih cepat dan selamat. Ini akan kurangkan risiko fraud dalam pembelian online.
  • Akses kepada perkhidmatan kesihatan: Dalam masa akan datang, platform kesihatan digital mungkin akan mula menggunakan MyDigital ID untuk verify identiti pesakit, membolehkan korang akses rekod kesihatan dengan lebih selamat dan pantas.
  • Daftar perkhidmatan utiliti: Nak daftar akaun elektrik, air, atau internet pun akan jadi lebih mudah dengan MyDigital ID. Tak perlu lagi pergi ke kaunter untuk sahkan identiti.

Masa depan digital Malaysia dengan MyDigital ID

Secara keseluruhan, MyDigital ID adalah kunci kepada masa depan digital yang lebih mudah, selamat, dan efisien. Dengan sistem ni, korang tak payah dah susah susah untuk buat pendaftaran dan pengesahan identiti secara berulang-ulang.

Satu kali daftar, dan korang dah boleh akses pelbagai perkhidmatan digital tanpa perlu risau tentang keselamatan data atau penipuan identiti. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat untuk orang lain, tolong sharekan dalam platform korang sendiri.