Best ke guna Famisafe ni? – Jom explore

Apa itu FamiSafe?

FamiSafe adalah satu app parental control yang direka khas untuk membantu korang memantau segala aktiviti anak-anak dalam dunia digital yang dah semakin advanced. Dengan segala features yang ada, FamiSafe ni memang lengkap untuk pastikan keselamatan anak-anak korang ketika mereka guna devices macam smartphone, tablet, dan komputer.

App ni bukan je boleh pantau aktiviti anak-anak korang secara online, tapi korang juga boleh hadkan masa penggunaan devices dan pastikan mereka tak terdedah kepada content yang tak sesuai.

Apa yang best tentang FamiSafe ni, dia bukan app spy. So memang penting untuk korang dapat persetujuan dari anak anak sebelum korang setup dalam smartphone mereka. Anak-anak korang memang akan tahu yang app ni ada dalam devices. Jadi, bila bila masa je anak anak boleh buang app ni dari devices.

Dengan FamiSafe, korang boleh pantau segala mesej, panggilan, apps yang digunakan, sejarah website, dan juga lokasi anak-anak secara real time. Semua ciri ni direka untuk bagi korang ketenangan fikiran sambil memastikan anak-anak korang sentiasa selamat dan bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi.

Ini antara kelebihan yang ada pada FamiSafe

Credit to FamiSafe

1. Monitor anak-anak

Dengan AI-powered content safety, aplikasi ni boleh block semua content yang tak sesuai dengan anak anak korang. Bayangkan anak anak tengah browsing, tiba-tiba keluar benda-benda yang tak elok, FamiSafe akan terus blok dan pastikan anak-anak korang selamat. Jadi kat sini, korang tak perlu lagi risau pasal ancaman siber macam scammer, phishing atau benda benda yang tak elok. Korang boleh tidur lena bila korang tahu anak-anak korang selamat.

Selain tu, FamiSafe ada ciri pengesanan teks berbahaya. Kalau ada mesej-mesej yang mencurigakan, aplikasi ni akan kesan dan korang boleh ambil tindakan awal untuk protect anak-anak.

2. Boleh tengok lokasi anak

FamiSafe ni boleh pantau lokasi anak-anak secara real-time. Korang boleh set zon selamat dan akan dapat notifikasi kalau anak-anak keluar dari kawasan tu. Contohnya, anak-anak pergi sekolah atau rumah kawan, korang boleh tahu mereka kat mana secara tepat. App ni akan access GPS dalam devices untuk pastikan korang dapat location yang tepat. Jadi korang tak perlu risau kalau mereka sesat ke mana-mana. Lagi best, siap ada rekod sejarah lokasi. Jadi korang boleh tengok laluan mereka, memang best lah!

3. Boleh hadkan masa penggunaan devices

Devices digital dah jadi sebahagian dari hidup kita. Tapi penting untuk urus masa penggunaan devices anak-anak. Kalau tak urus dengan baik, memang anak anak akan ketagih dengan devices je sampai lupa nak belajar, nak makan dan sebagainya.

Dengan FamiSafe, korang boleh set had masa penggunaan devices. Boleh tetapkan jadual harian atau mingguan, dan masa rehat di mana devices tak boleh digunakan. Anak-anak takkan melekat kat skrin je, dorang ada masa nak main kat luar atau buat aktiviti lain yang sihat.

Korang boleh guna ciri screen time untuk pantau berapa lama anak-anak guna setiap aplikasi. Boleh faham tabiat digital dorang dan buat keputusan yang lebih baik tentang pengurusan masa.

4. Pantau aktiviti devices

FamiSafe membolehkan korang tengok aktiviti anak-anak dalam devices korang. Korang boleh pantau aplikasi yang digunakan, tengok sejarah website yang anak anak korang tengok, dan siap boleh screenshot lagi secara remote. Korang ada full control untuk pastikan mereka guna devices dengan selamat. Kalau ada aplikasi yang tak sesuai, korang boleh la blok.

5. Keselamatan jalan raya

FamiSafe juga ada ciri pemantauan pemanduan. Korang boleh pantau cara anak-anak korang memandu, termasuklah kelajuan dan penggunaan telefon semasa memandu. Kalau ada tanda-tanda pemanduan yang tak selamat, korang akan dapat amaran. Macam ni, korang boleh pastikan mereka selamat semasa di jalan raya. Berguna sangat kalau ada anak remaja yang baru belajar memandu.

6. Pantau semua mesej dan panggilan

FamiSafe membolehkan korang pantau semua mesej dan panggilan anak-anak di devices dorang. Ini termasuk SMS, panggilan telefon, dan mesej dalam aplikasi macam WhatsApp dan Messenger. Korang boleh pastikan yang mereka tak terlibat dalam komunikasi yang tak sesuai atau berbahaya.

Korang siap boleh tengok siapa yang berhubung dengan mereka. Ciri message monitoring juga boleh kesan mesej yang ada kata kunci yang berbahaya. Kalau sistem detect ada, korang akan dapat notification.

7. Security untuk website dan aplikasi

FamiSafe boleh blok website yang tak selamat dan pantau aplikasi macam TikTok dan YouTube. Anak-anak takkan terdedah kepada kandungan yang tak sesuai. Korang boleh tetapkan senarai website yang dibenarkan dan blok akses kepada website yang berisiko. Ini termasuk website dengan kandungan dewasa, perjudian, dan lain-lain.

FamiSafe juga boleh pantau kandungan video dalam aplikasi macam YouTube. Boleh tengok video yang ditonton dan blok video yang tak sesuai.

8. Settings untuk aplikasi

Dengan FamiSafe, korang boleh tetapkan settings untuk aplikasi yang digunakan oleh anak-anak. Boleh blok aplikasi tertentu atau set had penggunaan aplikasi. Contohnya, korang boleh benarkan penggunaan aplikasi pendidikan selama beberapa jam sehari, tapi blok aplikasi permainan lepas waktu yang ditetapkan. Boleh urus masa dan pastikan mereka tak leka dengan aktiviti kurang produktif.

Korang juga boleh guna ciri app blocker untuk blok aplikasi tertentu pada masa tertentu. Contohnya, boleh blok aplikasi media sosial masa waktu tidur supaya anak-anak dapat rehat yang cukup.

Credit to FamiSafe

9. Support pelbagai devices

FamiSafe support macam macam OS contohnya Android, iOS, Windows, macOS, ChromeOS, dan Kindle. Korang boleh urus lebih dari satu devices dengan mudah. Dengan support pelbagai devices, korang boleh pastikan semua devices yang digunakan oleh anak-anak sentiasa dipantau dengan baik. Tak kira devices apa yang mereka guna, FamiSafe ada.

10. Support pengguna dan ada money back

FamiSafe tawarkan support kepada pengguna premium 24/7. Maksudnya, korang boleh dapat bantuan bila-bila masa kalau korang ada sebarang isu. Selain tu, FamiSafe juga ada jaminan untuk kembalikan duit korang selama 30 hari. Kalau korang tak puas hati, boleh dapatkan semula duit dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian. Jadi, korang boleh guna aplikasi ni dengan yakin dan rasa selamat.

11. Tapi ingat, ini bukan app Spy, perlukan persetujuan dan kepercayaan bersama

Benda paling penting yang korang kena tahu, FamiSafe bukan aplikasi untuk spy. Kalau korang nak spy tanpa pengetahuan user, FamiSafe bukan app yang sesuai untuk korang.

Untuk FamiSafe ni, sangat penting untuk korang dapatkan persetujuan dari anak anak. Anak-anak korang perlu tahu yang aplikasi ni ada didalam devices mereka. FamiSafe direka untuk membantu ibu bapa melindungi anak-anak mereka dengan cara yang telus dan hormat. Anak-anak korang pun boleh tengok apa yang dipantau, dan mereka sendiri boleh delete aplikasi tu bila-bila masa.

So app ni bukan app yang boleh digunakan untuk spy, tapi lebih kepada membina kepercayaan dan keselamatan bersama-sama.

Dengan adanya persetujuan dan kefahaman dari kedua belah pihak, FamiSafe boleh digunakan dengan berkesan untuk memastikan keselamatan anak-anak korang tanpa melanggar privasi mereka. Ini juga mengajar anak-anak tentang tanggungjawab dan etika digital, yang sangat penting dalam era teknologi sekarang.

12. Tambahan

FamiSafe juga ada beberapa ciri tambahan yang menarik. Contohnya, activity report yang boleh bagi korang laporan harian atau mingguan tentang aktiviti digital anak-anak korang. Korang boleh tengok apa yang mereka buat dan berapa lama mereka habiskan masa di setiap aplikasi. Ini membantu korang untuk lebih memahami tabiat digital mereka dan buat keputusan yang lebih baik tentang pengurusan masa.

FamiSafe juga ada suspicious photo detection yang boleh kesan gambar-gambar mencurigakan dalam galeri anak-anak. Kalau ada gambar yang tak sesuai, korang akan dapat amaran dan boleh ambil tindakan yang perlu.

So best ke tak best FamiSafe ni? Kalau best, korang download sekarang. Memang best dan terbaik.