Kerajaan larang budak bawah 13 tahun guna media sosial

Kerajaan Malaysia baru umum satu pelan besar — nak larang budak bawah 13 tahun guna media sosial. Arahan ni akan dijalankan bawah garis panduan khas daripada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya semua platform wajib ikut.

Langkah ni bukan sekadar untuk “control”, tapi nak protect budak-budak daripada risiko digital yang makin bahaya. Tapi dalam masa sama, perubahan ni pun akan bagi kesan pada korang semua yang guna media sosial setiap hari.

Kenapa kerajaan buat larangan ni

Fokus utama dia simple — nak protect generasi muda daripada benda yang boleh rosakkan emosi, data, dan masa depan di internet. Antara sebab utama:

  • Content tak sesuai untuk umur rendah
    Media sosial sekarang penuh dengan video ganas, content lucah, scam, dan benda manipulatif. Budak bawah umur senang terpengaruh sebab belum cukup matang nak tapis content yang muncul dekat feed.
  • Masalah kesihatan mental
    Budak-budak sekarang senang stress sebab tekanan sosial — nak banyak likes, followers, atau takut kena komen negatif. Bila dah ketagih screen time, tidur pun terganggu, fokus belajar pun lari.
  • Isu privasi dan data bocor
    Ramai budak isi maklumat peribadi tanpa tahu risiko. Data tu boleh diguna untuk iklan, scam, atau jual beli maklumat. Dengan larangan ni, sekurang-kurangnya sistem boleh protect maklumat diorang.

Macam mana platform media sosial akan kuatkuasa

Platform besar macam TikTok, Instagram, YouTube, dan Facebook nanti kena guna sistem pengesahan identiti (eKYC) untuk verify umur pengguna.

So lepas ni, akaun baru tak boleh suka-suka daftar. Korang kena sahkan identiti dan umur sebenar dulu sebelum akaun tu boleh aktif sepenuhnya. Langkah ni juga bantu platform detect akaun fake, bot, dan pengguna bawah umur dengan lebih cepat.

Apa sebenarnya eKYC ni

eKYC (Electronic Know Your Customer) ni proses digital untuk verify identiti korang secara automatik. Benda ni dah lama digunakan dekat bank dan fintech, tapi sekarang media sosial pun mula guna supaya platform lebih selamat.

Proses eKYC biasanya minta korang

  • Upload gambar MyKad atau kad pengenalan
  • Ambil selfie real-time untuk pengesahan muka
  • Kadang-kadang perlu OTP atau face scan tambahan

Tujuan eKYC

Tujuannya nak pastikan akaun tu betul-betul dimiliki oleh manusia sebenar, bukan akaun fake atau budak bawah umur yang nak bypass sistem. eKYC ni juga bantu protect user lain daripada scam, identity theft, dan fake account yang menyebarkan berita palsu.

Kesan larangan ni pada korang semua

Walaupun fokus utama larangan ni untuk budak bawah umur, korang pun akan rasa tempias dia jugak. Antara kesannya:

  • Proses daftar akaun makin ketat – semua orang, termasuk korang, mungkin kena lalui eKYC masa daftar. Tapi bagus jugak sebab ia lebih secure.
  • Privasi makin sensitif – sebab korang kena serah maklumat lebih detail macam gambar IC dan muka. Jadi isu keselamatan data kena lebih dijaga.
  • Akaun fake makin susah nak buat – ni benda positif sebab scammers dan spammer susah nak create akaun tipu.
  • Kawalan ibu bapa lebih mudah – parent boleh pantau akaun anak-anak dengan lebih senang sebab eKYC confirmkan identiti pengguna sebenar.

Adakah eKYC ni betul-betul selamat

Secara asasnya, eKYC memang selamat kalau platform tu jaga data dengan betul. Semua data eKYC biasanya disimpan dalam bentuk encrypted supaya susah nak bocor. Tapi kalau platform tak ikut standard keselamatan global, risiko tetap ada.

Jadi korang kena bijak pilih platform yang transparens dengan polisi data dan serius nak protect pengguna. Sebab bila sistem makin ketat, bukan sekadar nak sekat budak — tapi nak pastikan semua orang yang online lebih selamat, lebih real, dan lebih dilindungi.