Platform belajar jadi Hacker tahun 2026

Kalau korang nak start masuk dunia hacking, tak kisah lah berkaitan ethical hacking, pentesting atau cybersecurity basic, ini antara platform legit yang boleh bantu korang build skill dari zero sampai pro.

Belajar Digital Official

Belajar Digital Official memang sesuai untuk korang yang nak belajar hacking dari asas sampai ke tahap intermediate dengan cara yang lebih santai dan mudah faham. Content yang diajar adalah dalam bahasa melayu, jadi korang tak perlu struggle dengan technical English. Sesuai untuk korang yang tak berapa mahir dalam English.

Module dia cover networking, reconnaissance, vulnerability, sampai exploitation dengan approach real-world scenario yang biasa hacker guna. Sesuai untuk korang yang nak build foundation kuat sebelum pergi ke level lebih advanced.

• Bahasa melayu friendly
• Sesuai beginner ke intermediate
• Module real-world scenario
• Learning step by step jelas

TryHackMe

TryHackMe memang popular sebab dia fokus pada learning secara interactive dan hands-on. Korang bukan sekadar tengok teori, tapi terus buat dalam lab yang dia sediakan.

Dia ada structured learning path dari basic cybersecurity sampai advanced topic macam web hacking dan privilege escalation. Sangat sesuai untuk korang yang jenis belajar sambil buat, sebab setiap step memang guide korang dengan jelas dan praktikal.

• Banyak lab interactive
• Learning path tersusun
• Beginner friendly
• Hands-on experience kuat

Hack The Box

Hack The Box lebih hardcore sikit, sesuai untuk korang yang dah ada asas dan nak challenge skill hacking korang dalam environment sebenar. Platform ni bagi access kepada machine yang korang kena exploit sendiri tanpa banyak guidance.

Banyak scenario yang sangat real dan digunakan dalam dunia penetration testing. Kalau korang nak sharpen skill dan biasakan diri dengan real attack flow, ini memang padu.

• Level intermediate ke atas
• Real hacking environment
• Challenge realistic
• Tingkatkan problem solving

Cybrary

Cybrary lebih kepada platform pembelajaran cybersecurity secara professional. Dia offer pelbagai course termasuk ethical hacking, network security, dan digital forensics. Korang boleh belajar melalui video, lab, dan ikut certification path yang lebih formal.

Sesuai untuk korang yang target nak masuk industri cybersecurity dan perlukan learning yang lebih structured serta ikut standard industri.

• Banyak course professional
• Video + lab learning
• Certification path
• Structured learning

Udemy

Udemy pula lebih flexible sebab dia ada pelbagai course dari instructor seluruh dunia. Korang boleh pilih ikut level, niche, dan bajet masing-masing. Banyak course yang fokus kepada practical skill macam web hacking, bug bounty, dan scripting. Sesuai untuk korang yang nak belajar ikut pace sendiri tanpa terikat dengan system tertentu.

• Banyak pilihan course
• Flexible learning pace
• Harga berpatutan
• Fokus practical skill

Coursera

Coursera lebih kepada platform akademik yang bekerjasama dengan universiti dan syarikat besar seperti Google dan IBM.

Untuk hacking dan cybersecurity, dia offer course yang lebih structured dan teori yang kuat, termasuk konsep network security, cryptography, dan system defense. Sesuai untuk korang yang nak gabungkan ilmu hacking dengan asas akademik supaya lebih solid dan credible.

• Kerjasama universiti global
• Course lebih akademik
• Certification recognized
• Foundation cybersecurity kuat

Kesimpulan dalam artikel ni

Kalau korang serius nak jadi hacker, jangan bergantung satu platform je. Combine beberapa platform untuk dapatkan pengalaman teori dan praktikal sekali. Lagi banyak korang explore, lagi cepat skill korang develop.