Syarat sebelum menjadi Hacker
Nak jadi hacker bukan main tekan-tekan keyboard je, ada banyak benda penting yang korang kena ada atau develop. Kalau korang serius, ini benda-benda asas yang wajib korang tahu.
Kena pandai English
Majoriti benda pasal hacking ni dalam English — dari tools, tutorial, sampai ke forum. Kalau English lemah, memang akan struggle. Tapi jangan risau, tak perlu fluent. Janji boleh faham, baca, dan ikut tutorial. Lagi cepat biasa dengan English, lagi laju korang boleh improve.
Kena ada komputer
Phone tak cukup power untuk kerja hacking. Kena ada laptop atau PC yang at least boleh run Linux, virtual machine, atau tool macam Wireshark, Burp Suite, Metasploit. Tak perlu mahal, asalkan stabil dan boleh belajar. Kalau ada modal sikit, lab setup sendiri lagi padu.
Kena tahu asas networking
Kalau tak tahu apa itu IP, DNS, port, MAC address, TCP/IP, memang susah nak jalan jauh. Ini macam korang belajar jalan sebelum boleh lari. Faham dulu macam mana komputer berkomunikasi antara satu sama lain, baru senang nak faham cara nak uji sistem tu nanti.
Kena minat betul-betul
Kalau korang masuk sebab nak nampak cool, confirm tak tahan. Hacking ni deep gila, kadang-kadang satu bug boleh ambil masa berhari nak faham. Kalau tak minat, memang cepat bosan. Tapi kalau korang memang jenis suka explore, suka tahu benda baru, ini memang bidang korang.
Kena rajin membaca dan cari ilmu
Jangan tunggu orang suap. Semua info ada kat Google, forum, YouTube, GitHub. Korang kena jadi jenis yang bila tak tahu, terus cari jawapan. Rajin baca blog, dokumen, dan pengalaman orang lain. Lagi banyak korang baca, lagi cepat korang boleh faham konsep dan teknik.
Kena buat praktikal selalu
Teori penting, tapi kalau tak test sendiri memang tak melekat. Try buat lab sendiri guna VM, join platform macam TryHackMe, Hack The Box, atau ambil kursus yang ada hands-on. Lagi banyak korang try, lagi confident korang bila masuk real-world scenario.
Kena ada bajet sikit
Tak semua benda free. Ada tools, server, domain, atau kursus yang kena bayar. Kalau nak serious, kena berani labur sikit. Tapi tak perlu keluar ribu-ribu awal-awal, banyak benda boleh start dengan bajet rendah. Ambil kursus yang tersusun pun dah cukup bagus.
Kena faham undang-undang
Hacking ada batas. Kat Malaysia ada Akta Jenayah Komputer. Kalau korang langgar undang-undang, boleh kena denda, kena tangkap. So, belajar cara nak guna skill tu secara sah, jadi ethical hacker, bukan black hat.
Kena sabar dan tahan lasak
Kadang-kadang korang dah try macam-macam exploit, tak jalan. Error sana-sini, tak faham output. Itu biasa. Jangan cepat give up. Pro hacker pun dulu macam tu jugak. Sabar dan belajar dari setiap kegagalan. Setiap masalah tu peluang untuk faham lebih dalam.
Kena follow perkembangan semasa
Teknologi berubah hari-hari. Apa yang power minggu lepas, minggu ni dah obsolete. Kena rajin follow update pasal tool baru, exploit baru, sistem baru. Join forum, follow YouTuber tech, atau masuk group Telegram yang aktif.
Kena kreatif dan fikir luar kotak
Hacker bukan ikut manual 100%. Kadang-kadang kena cuba benda yang orang tak biasa fikir. Kreativiti penting untuk cari kelemahan sistem dan buat bypass. Kena latih diri fikir lain daripada yang lain, bukan sekadar ikut tutorial bulat-bulat.
Kena ada disiplin
Ini benda paling ramai orang overlook. Rajin kejap, lepas tu tinggal. Disiplin ni beza antara yang berjaya dan yang setakat minat je. Kena ada jadual belajar sendiri, kena force diri praktis walaupun malas. Kalau tak paksa diri konsisten, confirm stuck kat level sama je.
Kena tahu basic coding
Tak perlu jadi programmer power pun, tapi at least tahu asas coding macam Python, Bash, HTML, JavaScript. Bila faham code, korang senang faham exploit, payload, dan boleh ubah suai script sendiri ikut situasi. Nak automate task pun senang.
Kena bergaul dengan komuniti
Jangan jalan sorang-sorang. Komuniti hacker ni ramai yang supportive. Masuk forum, Discord, Telegram — banyak gila korang boleh belajar dari orang lain. Kadang-kadang satu nasihat dalam group je dah boleh buka mata korang tentang satu teknik baru.
Kalau korang boleh cover semua ni, atau tengah usaha ke arah ni, korang dah jauh ke depan dari ramai orang lain. Hacking ni bukan benda instant. Tapi kalau korang disiplin, minat, dan tak cepat give up — memang boleh jadi real deal.

Fahamkan dulu apa itu hacking
Sebelum korang terjun masuk dunia hacking, wajib faham dulu apa sebenarnya hacking tu. Ramai orang fikir hacking ni sekadar nak masuk sistem orang tanpa izin, tapi sebenarnya lebih dari tu.
Hacking adalah proses akses atau manipulasi sistem atau rangkaian, sama ada secara sah (dengan kebenaran) atau haram (tanpa kebenaran). Kalau korang buat tanpa izin, memang boleh kena tindakan undang-undang — silap hari bulan, lokap jawabnya.
Nak hack sistem, korang kena lebih power dari orang yang bina sistem tu. Diorang ni mungkin engineer, dev, atau pakar security — so korang kena at least sama level, atau lagi tinggi dari segi pemikiran dan kemahiran. Sebab tu, hacker yang bagus bukan saja pandai teknik, tapi juga ada strategi dan cara fikir luar kotak.
Dalam dunia ni, hacker terbahagi kepada beberapa jenis:
Black Hat – Hacker yang guna skill untuk tujuan jahat. Scam orang, curi data, kacau sistem orang. Ni jalan cepat ke penjara.
White Hat – Hacker yang ikut undang-undang. Buat pentest, bagi report, bantu company improve sistem. Dapat kebenaran dulu baru mula. Inilah yang kita panggil ethical hacker.
Grey Hat – Tengah-tengah. Kadang buat baik, kadang langgar undang-undang sikit. Risiko masih tinggi kalau tak jaga batas.
So kalau korang nak masuk dunia ni dengan cara selamat dan profesional, jadi white hat. Dunia memang perlukan lebih ramai ethical hacker.
Apa yang korang kena belajar dalam bidang hacker
Jadi hacker bukan sekadar “pandai tekan terminal”. Ada banyak komponen korang kena kuasai untuk jadi all-rounder atau pakar dalam niche tertentu. Ni senarai kemahiran yang korang patut fokus, ikut priority.
Operating systems
Wajib faham cara OS berfungsi. Fokus lebih pada Linux sebab kebanyakan tool hacking dan sistem server pakai Linux. Tapi Windows dan macOS pun jangan abaikan.
Network
Ini asas paling penting. Faham IP, subnet, DNS, DHCP, firewall, NAT, port dan protokol macam TCP, UDP, HTTP, HTTPS. Tanpa ilmu ni, susah nak exploit network.
Programming
Pilih satu dua bahasa dan kuasai betul-betul. Python paling sesuai untuk permulaan. Bash dan PowerShell untuk scripting. Kalau nak power lagi, belajar C/C++ atau JavaScript untuk exploit dev.
Cybersecurity concepts
Kena tahu macam mana sistem dilindungi dan macam mana sistem boleh dibocorkan. Belajar konsep macam encryption, authentication, access control, antivirus, IDS/IPS, dan jenis-jenis serangan.
Penetration testing
Ini tulang belakang kerja hacker yang sah. Belajar cara scan sistem, cari kelemahan, exploit dan buat report. Tools popular: Nmap, Nessus, Metasploit, Burp Suite, Nikto, OWASP ZAP.
Ethical hacking
Faham tanggungjawab dan batasan. Hacking bukan sebab nak menunjuk, tapi sebab nak tolong lindung data dan sistem. Kena ada mindset profesional.
Cryptography
Belajar basic encryption, hashing (MD5, SHA), dan cara nak crack hash. Juga faham cara SSL/TLS, public-private key, dan encryption dalam real-world app.
Vulnerability management & exploits
Faham CVE, zero-day, dan cara guna exploit. Belajar cara baca report dari Exploit-DB, dan gunakan exploit tools dengan selamat dan beretika.
Digital forensics
Kemahiran untuk trace balik serangan, kenalpasti punca, dan analisis data. Penting kalau korang kerja bahagian incident response atau threat hunting.
Application security
Fokus pada testing aplikasi web dan mobile. Faham kelemahan biasa macam SQLi, XSS, CSRF, SSRF, RCE. Rujuk senarai OWASP Top 10.
Reverse engineering
Skill ni penting untuk faham macam mana satu software/malware bekerja. Biasanya korang akan analyse binary dan decode behaviour software tu.
Social engineering
Serangan bukan semua datang dari sistem — kadang manusia sendiri jadi mangsa. Belajar teknik macam phishing, baiting, pretexting. Faham psikologi pengguna.
Cloud security
Cloud sekarang dah jadi standard. Faham cara AWS, Azure, dan GCP berfungsi. Belajar juga cloud IAM, misconfiguration, bucket hijack dan container security.
Wi-Fi hacking
Belajar cara nak test keselamatan wireless network. Faham WPA2, handshake cracking, deauthentication attack dan sniff traffic pakai Wireshark atau aircrack-ng.
Mobile security
Aplikasi mobile banyak simpan data penting. Faham cara untuk secure dan exploit aplikasi Android/iOS. Tools: MobSF, Frida, Burp Suite.
IoT security
Peranti pintar (kamera, TV, fridge) pun ada risiko. Belajar cara firmware berfungsi, analisis network traffic, dan exploit device IoT yang tak secure.
Automation
Takkan nak buat manual test je. Belajar automation dengan Python, Bash, dan guna tools macam Metasploit modules, AutoRecon, dan script recon sendiri.
Antara platform yang boleh korang belajar untuk menjadi seorang Ethical Hacker
Belajar Digital Official
Kalau korang baru nak start belajar hacking, Belajar Digital Official adalah pilihan terbaik! Platform ni memang ditulis oleh Hackers Malaysia Community dan sesuai untuk korang yang ZERO dalam bidang IT.
Korang tak perlu risau tentang programming ke apa sebab kita akan ajar benda-benda asas yang memang penting untuk korang tahu dulu.
Semua tutorial di sini adalah dalam Bahasa Malaysia, jadi korang tak perlu risau kalau tak fasih dalam bahasa Inggeris. ePanduan di Belajar Digital Official juga memang sentiasa up-to-date, so korang belajar teknik-teknik yang relevan dengan perkembangan semasa.
Paling best, ada quiz untuk korang test ilmu yang dah belajar! Jadi, kalau korang nak belajar dengan cara yang santai tapi berkesan, ini adalah platform yang sesuai untuk mulakan perjalanan korang dalam dunia ethical hacking.
Google memang sumber segalanya! Memang banyak info yang korang boleh cari, tapi masalahnya, semuanya tak tersusun. Kadang-kadang korang perlu spend banyak masa untuk mencari bahan yang betul.
Selain itu, kebanyakan info yang korang jumpa adalah dalam bahasa Inggeris, jadi kalau korang tak selesa dengan bahasa tu, mungkin boleh jadi susah nak faham. Walaupun Google penuh dengan ilmu, tapi korang akan ambil masa yang lebih lama untuk belajar dengan cara ni dan boleh jadi agak mengelirukan.
Udemy
Udemy memang terkenal dengan kursus berkualiti dalam dunia ethical hacking, tapi harganya agak mahal. Jika korang betul-betul nak belajar, kos untuk setiap kursus di Udemy boleh tahan tinggi.
Walaupun kursus-kursus di sini disusun dengan baik dan terstruktur, kadang-kadang korang mungkin rasa tertipu sebab tak semua kursus tu sesuai dengan tahap korang. Kalau korang masih baru dalam dunia hacking, Udemy mungkin bukan pilihan terbaik sebab kosnya yang agak tinggi.
Coursera
Coursera menawarkan kursus daripada universiti terkenal, jadi korang boleh dapat sijil yang sah. Tapi, harganya sangat mahal! Kalau korang newbie dan tak nak terbeban dengan kos yang tinggi, Coursera mungkin bukan pilihan terbaik untuk korang.
Walau bagaimanapun, kalau korang ada budget lebih dan betul-betul serius, bolehlah cuba. Korang akan belajar dari universiti terkenal dan dapat pengalaman belajar yang lebih terstruktur.
YouTube
YouTube adalah tempat yang best untuk cari tutorial percuma, tapi ada satu masalah – video-video di YouTube sangat tak tersusun. Kadang-kadang, video tu terlalu teknikal dan cepat sangat untuk difahami. Korang mungkin akan rasa keliru nak mula dari mana dan mungkin sesetengah video pun terlalu pantas untuk difahami.
Jadi, walaupun banyak video yang boleh korang tonton, tak semua sesuai dengan tahap korang yang baru nak belajar. YouTube bagus, tapi kalau korang baru nak mula, korang mungkin akan rasa terlalu overwhelmed.
Jadi, kalau korang nak mulakan perjalanan menjadi seorang ethical hacker dengan cara yang lebih mudah dan jelas, Belajar Digital Official memang pilihan terbaik.
Platform ni sangat straightforward, semua benda disusun dengan baik, bahasa pun mudah difahami, dan harga berpatutan.
Kalau korang baru nak mula, kita belajar dari asas, dan korang dah boleh jadi Script Kiddies dalam masa yang singkat! Jangan tunggu lagi, mulakan belajar dengan platform yang betul!
Yang kami recommendkan
Kami recommend untuk korang yang baru nak belajar, boleh start dari bawah dengan access ePanduan kami di Belajar Digital Official. Platform ni sangat sesuai untuk korang yang masih zero dalam bidang IT.
Semua yang korang perlukan ada dalam satu tempat, dan semuanya disusun dengan jelas dan teratur, so korang takkan rasa lost. Mulakan langkah pertama dengan belajar asas dan upgrade ilmu korang step by step.
Kedua, kalau korang lebih suka belajar dalam bahasa Inggeris, korang boleh cuba platform Udemy.
Tapi, korang kena rajin cari course yang sesuai dengan tahap korang. Jangan terburu-buru nak belajar semua benda dalam satu masa, pilih yang mudah dulu dan fokus belajar step by step. Mulakan dengan kursus yang basic dan perlahan-lahan tingkatkan level korang.
So, sama ada korang pilih Belajar Digital Official yang lebih mesra newbie atau Udemy yang lebih luas dalam bahasa Inggeris, yang penting adalah konsisten dalam belajar dan jangan takut untuk mula dari bawah!
Kesimpulan dalam artikel ni
Jadi inilah antara platform yang korang boleh try untuk belajar menjadi Ethical Hacker yang berjaya. Tapi korang kena ingat, nak menjadi seorang hacker bukan lah perkara yang mudah. Susah sangat sangat.
Jangan sembang kencang je, korang kena try dulu semua platform diatas.
Jangan jadi orang yang PEMALAS sampai semua benda orang lain nak suapkan. Jadilah seorang yang kreatif. Korang kena start belajar hacking dan jadikan group HMC sebagai community yang akan bantu dan support jika korang ada soalan yang korang tak faham.
Remember, the key to success dalam dunia ni adalah dedikasi dan minat yang kuat. Jadi, kalau korang betul-betul minat dalam bidang ni, go for it! Ingatlah, menjadi ethical hacker bukanlah tentang melakukan aktiviti yang tidak beretika atau melanggar undang-undang.
Jangan sampai korang hidup didalam penjara.