Inside Content
Try contact support TikTok
Artikel ini untuk akaun tiktok yang kena hacked. Kalau kena suspend boleh baca disini.
Langkah pertama: Contact TikTok support
Ini antara langkah yang paling penting. Kalau korang tak boleh akses akaun TikTok, cuba cari cara untuk contact support mereka:
- Buka website rasmi TikTok dan cari ‘Help Center’ atau ‘Support’.
- Kalau tak boleh access, gunakan email. Google untuk cari alamat email support TikTok.
- Hantar email yang detail, sertakan nama pengguna dan sebarang bukti yang korang ada. Tunggu pihak Tiktok reply & ikut langkah seterusnya.

Upgrade security akaun Tiktok
Langkah kedua: Secure email dan device korang
Pastikan segala keselamatan pada email dan hp korang adalah terbaik:
- Tukar password email yang berkaitan dengan akaun TikTok.
- Scan hp korang untuk virus atau malware. Boleh download anti virus.
- Update setting keselamatan pada email dan hp korang.
Recommended
Maklumat penting untuk TikTok
Langkah ketiga: Sediakan info untuk TikTok
Bila korang contact TikTok, pastikan korang sertakan:
- Username TikTok.
- Email yang digunakan untuk mendaftar.
- Bukti seperti screenshot conversation atau posts lama yang menunjukkan korang pemilik sebenar.
Tunggu dan monitor
Langkah keempat: Sabar dan monitor
Proses pemulihan mungkin akan ambil masa:
- Semak email korang secara berkala untuk respons dari TikTok.
- Jangan klik pada link yang mencurigakan atau berikan info penting kepada sesiapa yang mengaku dari TikTok tanpa pengesahan.
Langkah pencegahan masa depan
Langkah kelima: Pencegahan untuk masa depan
Setelah semuanya selesai, ambil langkah pencegahan:
- Aktifkan ‘Two-Factor Authentication’ pada akaun TikTok.
- Jangan kongsi password dengan orang lain.
- Update password secara berkala dengan kombinasi yang kompleks.

Kesimpulan
Dalam situasi akaun TikTok yang kena hacked, tindakan cepat dan berhati-hati sangat penting. Ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan untuk memulihkan akaun korang. Ingat, keselamatan dalam talian itu penting, jadi ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian serupa di masa hadapan. Stay safe dan good luck!