1. Shared hosting – Paling famous untuk beginners
Siapa yang sesuai guna?
Kalau korang baru start dengan dunia website, shared hosting memang paling sesuai. Biasanya orang guna untuk blog peribadi, portfolio kecil, atau bisnes kecik-kecik yang baru nak up. Kalau website korang tak ada banyak traffic lagi, shared hosting dah cukup untuk handle.
Bagaimana shared hosting ni kerja?
Shared hosting ni macam korang sewa bilik dalam rumah flat. Banyak orang lain pun duduk dalam rumah tu, dan korang kena share resources dengan mereka. Server yang korang guna ni, berkongsi dengan banyak website lain. CPU, RAM, dan storage semua dikongsi. Kalau jiran sebelah korang (website lain) tiba-tiba ramai visitor, korang mungkin rasa website korang jadi slow sikit sebab sumber server tu dah kena kongsi ramai-ramai.
Anggaran harga:
- Harga shared hosting ni murah gila, sekitar RM10 hingga RM30 sebulan. Memang terbaik untuk korang yang baru nak mula dan tak nak spend banyak duit.
Kelebihan:
- Harga yang sangat murah – Shared hosting ni antara pilihan paling jimat yang ada di pasaran.
- Senang digunakan – Semua benda dah ready. Tak perlu setting apa-apa yang teknikal. Provider uruskan semua.
Kekurangan:
- Performance tak stabil – Sebab korang share dengan website lain, kalau ada website yang guna banyak sumber, website korang boleh jadi lembab.
- Kawalan terhad – Tak ada banyak pilihan untuk customize server. Korang ikut je setting yang dah sedia ada.
Untuk siapa? Kalau korang baru start blog, e-commerce kecil atau portfolio, shared hosting ni memang sesuai. Website korang masih ringan dan tak perlu banyak sumber.
2. VPS hosting – Lebih powerful untuk website complex
Siapa yang sesuai guna?
Kalau korang dah ada website yang lebih complex dan ada banyak gila visitor dalam website tu, atau korang nak full control ke atas website korang, korang kena gunakan VPS (Virtual Private Server). Biasanya orang guna VPS bila website dia dah mula dapat lebih banyak traffic, atau untuk web developer yang perlukan full control sebab nak install software sendiri.
Bagaimana VPS ni kerja?
Bayangkan VPS ni macam rumah teres. Korang masih share pagar luar dengan jiran, tapi dalam rumah, semuanya milik korang. Dalam VPS, korang dapat bahagian server korang sendiri – resources macam CPU, RAM, dan storage memang khas untuk korang. Tak perlu kongsi dengan orang lain, jadi website korang boleh perform lebih laju.
Anggaran harga:
- VPS ni harga dia sekitar RM50 hingga RM200 sebulan, bergantung pada spesifikasi yang korang pilih. Kalau nak lebih RAM atau storage, harga pun naik sikit.
Kelebihan:
- Performance lebih baik – Sebab resources server tu khas untuk korang, jadi website korang takkan slow walaupun ada traffic tinggi.
- Boleh customize – Korang boleh install software, tweak server settings, dan manage server korang ikut keperluan.
Kekurangan:
- Perlu ada skill teknikal – VPS ni tak semudah shared hosting. Kalau korang ambil unmanaged VPS, korang kena pandai manage server sendiri.
- Harga lebih mahal – Walaupun lebih murah dari dedicated server, VPS ni tetap lebih mahal dari shared hosting.
Untuk siapa? VPS ni sesuai untuk korang yang ada website dengan traffic sederhana, atau kalau korang buat development dan perlukan kebebasan untuk manage server ikut suka hati korang. Sesuai juga untuk bisnes online yang mula berkembang.

3. Dedicated server – Pilihan terbaik untuk high-traffic websites
Siapa yang sesuai guna?
Dedicated server ni memang untuk heavy-duty website. Kalau korang baru nak start buat website, korang memang tak perlukan dedicated server ni. Dedicated ni hanya sesuai untuk syarikat besar, website e-commerce yang besar, atau website yang perlukan performance tahap maksimum. Kalau website korang kena handle beribu atau berjuta visitor setiap hari, dedicated server memang terbaik.
Bagaimana dedicated server ni kerja?
Dedicated server ni macam korang ada rumah banglo sendiri. Takde share dengan sesiapa. Semua benda dalam rumah tu milik korang 100%. Dalam hosting, dedicated server bermaksud korang sewa satu server fizikal penuh yang hanya untuk website korang sahaja. Korang dapat semua resources (CPU, RAM, storage) tanpa kongsi dengan sesiapa pun.
Anggaran harga:
- Harga dedicated server ni boleh mencecah RM500 hingga RM1000 sebulan, atau lebih bergantung pada spesifikasi yang korang pilih. Memang premium punya harga, tapi berbaloi untuk website yang betul-betul perlukan performance tinggi. Lagi banyak sales korang dapat.
Kelebihan:
- Performance tahap tertinggi – Sebab server tu korang punya sorang, korang boleh optimize dan push performance setinggi mana yang korang perlukan.
- Full control – Korang ada kebebasan penuh untuk install software, tweak setting, dan manage server ikut cara korang.
Kekurangan:
- Harga mahal – Kos dedicated server memang tinggi, jadi hanya sesuai untuk syarikat besar atau website yang memang perlukan high performance.
- Skill teknikal diperlukan – Kalau ambil unmanaged dedicated server, korang kena ada team IT atau pengetahuan teknikal untuk manage server.
Untuk siapa? Dedicated server sesuai untuk syarikat besar, website e-commerce besar, atau portal yang ada jutaan visitor setiap hari. Kalau korang perlukan performance yang stabil dan kawalan penuh ke atas server, dedicated server adalah pilihan tepat.
4. Cloud hosting – Fleksibel dan scalable
Siapa yang sesuai guna?
Cloud hosting ni sesuai untuk website yang nak fleksibiliti tinggi. Kalau korang tak boleh jangka traffic website korang, atau ada peluang website korang tiba-tiba viral dan spike traffic, cloud hosting memang pilihan yang bagus sebab data website korang ada di merata server. So mana mana user yang nak access, website korang akan load dengan cepat sebab dia akan load dari server yang terdekat dengan user.
Bagaimana cloud hosting ni kerja?
Bayangkan korang ada rumah holiday di banyak tempat, dan bila satu tempat penuh, korang boleh pindah ke rumah lain. Cloud hosting ni konsep dia lebih kurang macam tu. Korang tak bergantung pada satu server je. Data website korang disimpan di beberapa server (cloud), dan kalau ada server yang down, data akan dialihkan ke server lain secara automatik.
Anggaran harga:
- Cloud hosting ni harga dia bergantung pada penggunaan resources. Harga asas biasanya bermula dari RM50 hingga RM300 sebulan, tapi kalau korang guna lebih banyak resources (contohnya masa traffic spike), harga boleh meningkat.
Kelebihan:
- Fleksibel dan scalable – Korang boleh scale up atau down resources ikut keperluan traffic. Kalau website korang tiba-tiba viral, cloud hosting boleh handle.
- Reliable – Kalau satu server down, ada server lain yang back up website korang. Jadi downtime minimum.
Kekurangan:
- Kos boleh meningkat – Kalau traffic website korang tiba-tiba spike, harga cloud hosting boleh meningkat ikut penggunaan.
- Agak kompleks – Untuk orang baru, cloud hosting ni mungkin nampak kompleks sikit sebab banyak aspek yang perlu difahami.
Untuk siapa? Cloud hosting sesuai untuk bisnes atau website yang ada traffic yang tak menentu. Contohnya, e-commerce yang buat sale besar-besaran atau portal berita yang kadang-kadang viral. Fleksibiliti cloud hosting membolehkan website korang handle traffic spike tanpa masalah.
5. Managed hosting – Serahkan semua kepada pakar
Siapa yang sesuai guna?
Managed hosting ni sesuai untuk korang yang tak nak pening kepala urus server sendiri. Kalau korang lebih suka fokus pada website content atau marketing, dan nak biarkan server diuruskan oleh pakar, managed hosting memang untuk korang.
Bagaimana managed hosting ni kerja?
Dalam managed hosting, korang macam ada personal assistant untuk server. Semua urusan berkaitan server – security, backup, update software – diuruskan oleh hosting provider. Korang hanya fokus pada website tanpa perlu risau hal-hal teknikal.
Anggaran harga:
- Harga managed hosting ni lebih tinggi berbanding hosting biasa. Biasanya bermula dari RM100 ke RM500 sebulan bergantung pada servis dan spesifikasi.
Kelebihan:
- Senang gila – Semua benda diuruskan oleh provider. Korang tak perlu risau nak setting server atau troubleshoot bila ada masalah.
- Security lebih terjamin – Provider biasanya akan pastikan server sentiasa update dan selamat dari ancaman.
Kekurangan:
- Harga lebih mahal – Sebab korang bayar untuk servis, managed hosting ni biasanya lebih mahal dari shared atau VPS hosting.
- Kurang kawalan – Kalau korang nak ubah apa-apa setting, mungkin ada limit sebab semuanya diuruskan oleh provider.
Untuk siapa? Managed hosting sesuai untuk korang yang tak nak pening kepala dengan urusan teknikal, atau kalau korang tak ada skill IT tapi perlukan website yang reliable. Sesuai juga untuk bisnes yang besar tapi nak fokus pada aspek lain macam marketing atau content.
6. Reseller hosting – Buat duit dengan jual hosting
Siapa yang sesuai guna?
Reseller hosting ni untuk korang yang nak buat bisnes hosting sendiri. Korang beli server besar dari provider dan korang boleh pecah-pecahkan server tu untuk dijual kepada customer korang. Biasanya Reseller hosting ni untuk orang yang nak buat web development atau company IT guna reseller hosting ni.
Bagaimana reseller hosting ni kerja?
Dalam reseller hosting, korang macam “peniaga” hosting. Korang beli “stok” (resources server) dari provider besar, dan korang jual balik kepada client korang. Korang yang urus akaun client, billing, dan support.
Anggaran harga:
- Reseller hosting biasanya bermula dari RM100 ke RM500 sebulan, bergantung pada jumlah resources yang korang beli.
Kelebihan:
- Boleh jana pendapatan – Kalau korang ada ramai client, korang boleh buat duit dengan reseller hosting.
- Control penuh ke atas client – Korang tentukan harga dan uruskan semua support untuk client korang.
Kekurangan:
- Kena ada customer support – Korang kena handle semua masalah client, termasuk kalau server ada downtime atau masalah teknikal.
- Risiko downtime – Kalau server ada masalah, korang kena tanggung beban untuk selesaikan.
Untuk siapa? Reseller hosting sesuai untuk korang yang nak buat bisnes hosting sendiri, atau web developer yang nak offer pakej lengkap kepada client.
7. Colocation hosting – Sewa ruang, bawa server sendiri
Siapa yang sesuai guna?
Colocation hosting ni untuk korang yang dah ada server sendiri, tapi tak nak simpan kat pejabat atau rumah. Biasanya syarikat besar yang ada server fizikal sendiri guna colocation untuk pastikan server mereka sentiasa ada power, internet, dan persekitaran yang selamat.
Bagaimana colocation hosting ni kerja?
Colocation hosting ni konsep dia macam korang ada rumah (server) sendiri, tapi korang tak nak simpan dekat rumah sebab takde tempat atau takut internet slow. Jadi korang hantar server tu ke datacenter provider yang offer colocation. Korang sewa ruang fizikal dalam datacenter, dan provider sediakan benda-benda macam internet laju, power supply, dan cooling system untuk pastikan server korang berfungsi dengan baik.
Anggaran harga:
- Harga colocation ni bergantung pada ruang dan keperluan power yang korang perlukan. Harga sewa biasanya bermula dari RM500 sebulan ke atas, dan boleh naik lebih tinggi bergantung pada saiz server dan keperluan spesifik.
Kelebihan:
- Full control – Server tu korang punya. Korang boleh customize apa saja dalam server, install apa-apa software, dan buat apa-apa tweak ikut suka korang.
- Power dan connectivity – Colocation datacenter biasanya ada connection internet yang jauh lebih laju dari apa yang korang dapat kat rumah atau pejabat.
- Selamat dan reliable – Server korang akan sentiasa ada power dan dijaga dengan cooling system yang sesuai untuk server.
Kekurangan:
- Perlu ada skill teknikal – Sebab server tu korang punya, korang kena manage semua benda sendiri. Kalau ada masalah hardware atau software, korang kena datang sendiri ke datacenter untuk selesaikan.
- Kos maintenance – Walaupun korang sewa ruang je, kalau ada sebarang kerosakan hardware, korang kena tanggung sendiri kos repair.
Untuk siapa?
Colocation hosting ni sesuai untuk syarikat besar atau bisnes yang dah ada server fizikal sendiri tapi nak pastikan server tu ada persekitaran yang optimum untuk berfungsi. Kalau korang ada server penting untuk operasi bisnes, colocation boleh jadi pilihan terbaik.

8. Hybrid hosting – Gabungan antara dedicated dan cloud hosting
Siapa yang sesuai guna?
Hybrid hosting ni sesuai untuk bisnes atau website yang perlukan performance tinggi macam dedicated server, tapi juga nak fleksibiliti cloud hosting. Biasanya syarikat besar yang ada keperluan data sensitif atau aplikasi kritikal guna hybrid hosting.
Bagaimana hybrid hosting ni kerja?
Hybrid hosting ni gabungan antara dedicated server dan cloud hosting. Korang dapat physical server (dedicated server) untuk simpan data yang kritikal, dan pada masa yang sama korang ada cloud server untuk handle beban kerja yang lebih fleksibel. Konsep ni bagi korang dua kelebihan: performa tinggi dari dedicated server dan scalability dari cloud hosting.
Anggaran harga:
- Hybrid hosting ni agak mahal, sebab korang dapat dua jenis server sekaligus. Harga boleh bermula dari RM1000 sebulan ke atas, bergantung pada keperluan hardware dan resources cloud yang korang perlukan.
Kelebihan:
- Performance dedicated + scalability cloud – Korang dapat yang terbaik dari kedua-dua jenis hosting. Dedicated server untuk performa tinggi, cloud server untuk handle traffic spike.
- Fleksibiliti – Kalau ada peningkatan mendadak dalam traffic, cloud server boleh ambil alih tanpa perlu ubah apa-apa pada dedicated server.
Kekurangan:
- Harga yang mahal – Hybrid hosting ni memang untuk syarikat besar yang ada bajet tinggi. Bukan pilihan murah.
- Perlu ada kemahiran teknikal – Sebab korang kena manage dua jenis server sekaligus, jadi skill teknikal dan pengalaman dalam manage server memang diperlukan.
Untuk siapa? Hybrid hosting sesuai untuk syarikat enterprise yang ada keperluan besar dan spesifik untuk performa serta fleksibiliti. Sesuai juga untuk website yang ada data sensitif (macam bank atau hospital), di mana data penting disimpan dalam dedicated server, dan cloud digunakan untuk handle workload biasa.
9. WordPress hosting – Fokus untuk website WordPress
Siapa yang sesuai guna?
WordPress hosting ni untuk korang yang memang guna WordPress sebagai platform website korang. Sama ada korang buat blog, e-commerce, atau website company, WordPress hosting ni dioptimumkan khusus untuk website yang dibina guna WordPress.
Bagaimana WordPress hosting ni kerja?
WordPress hosting ni sebenarnya macam managed hosting, tapi fokus dia hanya untuk website WordPress. Hosting provider akan optimize server untuk WordPress, termasuk setting caching, security, dan updates yang spesifik untuk WordPress. Biasanya, hosting ni termasuk juga dengan plugin dan tema premium yang korang boleh guna secara percuma.
Anggaran harga:
- Harga WordPress hosting ni boleh serendah RM20 hingga RM100 sebulan, bergantung pada pakej yang korang pilih. Ada yang lebih mahal kalau korang perlukan resources lebih.
Kelebihan:
- Performance optimized – Server ni memang dioptimumkan untuk WordPress, jadi korang boleh expect website WordPress korang perform lebih baik dari hosting biasa.
- Mudah dan senang – Banyak benda yang dah siap diuruskan untuk korang, termasuk update WordPress, plugin, dan security.
- Plugin dan tema premium – Ada WordPress hosting yang bagi akses percuma kepada plugin atau tema WordPress premium, jadi korang boleh jimat.
Kekurangan:
- Terhad kepada WordPress – Hosting ni memang khas untuk WordPress. Kalau korang guna platform lain, hosting ni tak sesuai.
- Harga mungkin lebih mahal dari shared hosting biasa – Walaupun lebih murah dari dedicated server, WordPress hosting biasanya lebih mahal sikit dari shared hosting biasa.
Untuk siapa? Kalau korang memang guna WordPress, dan nak performance yang optimum tanpa perlu pening kepala setting banyak benda teknikal, WordPress hosting ni memang untuk korang. Sesuai juga untuk blogger, usahawan e-commerce kecil-kecilan, atau website company.
10. Elastic hosting – Untuk traffic yang tak menentu
Siapa yang sesuai guna?
Elastic hosting ni sesuai untuk website yang ada traffic yang sangat berubah-ubah, macam e-commerce yang buat sales besar-besaran atau website yang kadang-kadang viral. Hosting ni boleh scale resources dengan sangat cepat ikut keperluan website korang.
Bagaimana elastic hosting ni kerja?
Elastic hosting ni macam versi advance cloud hosting. Bila traffic website korang spike, hosting provider akan tambah resources (CPU, RAM, dan storage) secara automatik tanpa downtime. Dan bila traffic turun balik, resources tu akan scale down, jadi korang hanya bayar ikut apa yang korang guna.
Anggaran harga:
- Harga elastic hosting ni bergantung pada penggunaan. Korang mungkin kena bayar harga asas sekitar RM100 hingga RM500 sebulan, tapi harga boleh meningkat kalau korang guna banyak resources masa traffic spike.
Kelebihan:
- Scalable – Resources akan naik atau turun ikut traffic, jadi website korang takkan down masa traffic spike.
- Cost-efficient – Korang hanya bayar untuk resources yang korang guna, jadi tak ada pembaziran bayar untuk server yang over-spec masa traffic rendah.
Kekurangan:
- Harga boleh naik masa traffic tinggi – Kalau website korang viral atau tiba-tiba dapat banyak visitor, harga bulanan boleh melonjak ikut penggunaan resources.
- Perlu plan betul-betul – Elastic hosting ni fleksibel, tapi korang kena ada strategi yang baik untuk bajet, sebab kos boleh berubah-ubah.
Untuk siapa? Elastic hosting ni sesuai untuk website e-commerce yang ada seasonal traffic (contoh masa sale besar), atau website yang ada content viral. Fleksibiliti dan scalability dia memang membantu untuk manage traffic yang tak menentu.