Kerajaan menetapkan kepada semua platform media sosial untuk mengambil lesen jika hendak meneruskan operasi didalam Malaysia bermula pada 1/1/2025.
Tapi apa yang kita dengar sekarang ni, tak semua media sosial bersetuju untuk ambil lesen. Lagi lagi Malaysia adalah negara pertama yang buat lesen untuk media sosial.
Kalau kerajaan masih berdegil untuk menyekat platform yang tiada lesen dan pada masa yang sama founder platform tidak bersetuju untuk mengambil lesen, memang besar kemungkinan semua platform yang tak setuju ni akan disekat sepenuhnya.
Bayangkan, kalau kat Malaysia ni dah tak ada lagi Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, YouTube — semuanya akan hilang macam tu je. Kesan dia memang bukan biasa-biasa, kita mungkin akan rasa hidup dalam ‘bubble’ yang terasing dengan dunia luar, dan negara kita boleh menjadi semakin mundur, sebab negara mungkin Malaysia ni mungkin akan jadi macam Korea Utara.
Kat Korea Utara semua benda kena sekat. Google, Youtube & platform lain mana ada kat Korea Utara. Kesian rakyat kat sana, semua orang jadi mundur sebab tak banyak belajar pasal dunia luar. Apa yang diorang belajar cuma lah info info yang disampaikan oleh kerajaan. So jom kita tengok apa kesan kalau platform media sosial betul-betul kena sekat.

1. Kehilangan sumber hiburan
Kalau kita tengok dari segi kehidupan seharian, media sosial ni bukan sekadar tempat untuk update status, tapi juga sebagai sumber hiburan utama.
Semua orang, tak kira tua atau muda, bergantung pada TikTok, YouTube, Instagram, dan lain-lain untuk hilangkan stress, cari inspirasi, atau sekadar nak gelak dengan video kelakar. Bila semua ni hilang, hiburan kita akan terhad kepada TV dan radio je. Bosan! Ini yang menyebabkan tekanan emosi dan kurangnya keseronokan dalam hidup seharian kita.
2. Akses kepada maklumat akan jadi terhad
Media sosial juga adalah platform utama untuk dapatkan maklumat terkini dan pantas. Kalau semuanya disekat, rakyat Malaysia mungkin akan ketinggalan dalam hal berita dunia, perkembangan teknologi, dan isu semasa. Situasi ni boleh buat kita macam terasing dan tak tahu apa yang berlaku kat dunia luar.
Sama macam Korea Utara, di mana semua maklumat dihadkan dan dikawal. Benda ni bukan je memburukkan pemahaman kita tentang dunia luar, tapi juga merencatkan pertumbuhan pemikiran kritis. Takkan nak baca surat khabar kot!

3. Negara semakin mundur dari segi teknologi
Negara kita akan nampak semakin mundur kalau platform media sosial disekat dalam Malaysia ni. Dalam dunia yang bergerak pantas dengan teknologi digital, negara-negara lain berlumba-lumba untuk mengukuhkan kehadiran mereka secara online.
Kalau Malaysia sekat media sosial, benda ni boleh membuatkan kita ketinggalan jauh dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, dan Thailand, yang mana diorang aktif dalam menggunakan teknologi dan platform digital untuk pertumbuhan ekonomi dan inovasi.
4. Susah nak hasilkan content kreatif
Ramai orang muda yang menjadi content creator sepenuh masa di platform seperti YouTube, Instagram, dan TikTok. Benda ni bukan sekadar hobi, tapi sumber pendapatan utama bagi ramai orang. Bila platform ni kena sekat, dah tentu tentu benda ni boleh bunuh industri kreatif yang sedang berkembang pesat di negara kita.
Semua bakat-bakat kreatif yang ada akan hilang macam tu je, dan kita akan kehilangan satu generasi content creator yang berpotensi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

5. Susah nak menyuarakan pendapat dan hak
Media sosial adalah platform di mana kita semua bebas bersuara — berkongsi pandangan, pendapat, dan luahan hati tentang isu semasa. Kalau media sosial kena block, dekat mana lagi kita nak suarakan hak kita?
Kita mungkin terpaksa kembali ke zaman di mana maklumat hanya disampaikan melalui saluran media tradisional contohnya macam TV3, surat khabar & SMS. Pergh, dah lah semakin mundur, dan confirm confirm akan menyebabkan kita semua dah tiada lagi kebebasan bersuara.
6. Kurangnya keterbukaan kepada budaya luar
Dengan media sosial lah, kita dapat belajar pelbagai budaya dan cara hidup dari seluruh dunia. Kita belajar tentang budaya Korea melalui K-drama di TikTok, belajar masak makanan Jepun dari YouTube, atau bahkan kita belajar macam macam bahasa asing hanya melalui aplikasi sosial.
Kalau platform ni kena sekat, kita akan jadi lebih tertutup dan kurang terbuka kepada dunia luar, menyebabkan kita lebih sukar menerima perubahan dan inovasi global.

7. Peluang pekerjaan akan jadi berkurang
Media sosial bukan sekadar tempat untuk bersosial, tapi juga tempat di mana ramai orang mencari makan. Digital marketing, pengurusan media sosial, dan pencipta content semuanya merupakan pekerjaan yang bergantung sepenuhnya pada platform media sosial.
Sekatan ini akan menyebabkan peluang pekerjaan khususnya content creator akan lenyap macam tu sahaja, benda ni akan buatkan pengangguran akan semakin tinggi dan menjadikan lebih ramai orang menjadi scammer.
8. Perniagaan kecik jadi susah nak berkembang
Banyak peniaga kecil yang bergantung dengan media sosial khususnya untuk mempromosikan perniagaan diorang. Kalau platform-platform ini disekat, diorang akan kehilangan satu platform penting untuk berinteraksi dengan customer, memasarkan produk, dan membina brand.
Kos untuk beralih ke platform yang lain mungkin akan jadi terlalu tinggi untuk ditanggung oleh perniaga kecil, yang mana pada akhirnya boleh menyebabkan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.
9. Mengurangkan inovasi dalam teknologi
Dengan sekatan platform media sosial, Malaysia mungkin akan dilihat sebagai negara yang tidak mesra inovasi dan teknologi. Ramai pembangun aplikasi, pemula teknologi, dan syarikat startup yang memerlukan media sosial untuk menguji produk dan memasarkan idea mereka akan terjejas teruk.
Ini boleh menyekat semua kemajuan teknologi dalam negara dan menyebabkan kita semua akan ketinggalan dalam persaingan global.

10. Masalah kesihatan mental dan kesejahteraan emosi
Media sosial tak dijadi kan sebagai tempat hiburan semata mata, tapi juga merupakan tempat untuk mendapat sokongan emosi dan kesejahteraan mental.
Tak semua orang ada keluarga, jadi platform macam ni lah tempat diorang untuk mendapatkan semangat dalam hidup. Ramai je yang dapat inspirasi, sokongan moral, dan motivasi melalui platform media sosial.
Kalau media sosial dah kena sekat, banyak orang akan rasa lebih tertekan dan terasing. Kes bunuh diri mungkin akan meningkat, terutama golongan muda yang banyak bergantung dengan sokongan komuniti secara online dalam menghadapi cabaran hidup.

Kesimpulan
Kalau betul lah sekatan ni akan diteruskan, Malaysia akan mengalami kesan buruk yang sangat besar dalam pelbagai aspek — dari ekonomi, sosial, sampailah bab kesejahteraan mental rakyat.
Negara kita mungkin akan dilihat sebagai negara yang kurang mesra teknologi dan mundur dari segi global. Harap kerajaan dapat buat keputusan yang betul dan memikirkan sama kesan yang akan dibuat kepada rakyat Malaysia. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.