Senarai pinjaman peribadi yang selamat! Baca disini sebelum apply

Nak buat pinjaman peribadi sekarang memang senang & pantas. Kadang lagi mudah dari korang nak pinjam kat bank sebab semua boleh buat online, proses pun cepat. Tapi di sebalik kemudahan tu, banyak juga risiko.

Ramai yang terjebak dengan pinjaman scam sebab nampak macam mudah, tapi bila duit masuk… habis begitu saja, dan pinjaman pun tak dapat.

So, macam mana nak pastikan pinjaman peribadi tu betul-betul selamat & sah di sisi undang-undang? Rahsianya korang kena mulakan dengan semakan yang asas tapi penting.

First thing yang korang kena buat adalah check sama ada syarikat tu berdaftar dan ada lesen rasmi daripada KPKT. Bila syarikat tu dikawal selia KPKT, biasanya ia dianggap selamat dan ada perlindungan undang-undang untuk korang kalau ada masalah nanti.

Ini yang korang perlu tahu tentang e-Ah long

So apa benda e-Ah long ni?

e-Ah long ni basically ahlong online yang guna cara digital untuk urus pinjaman. Diorang biasanya suruh korang download app, dan apply pinjaman terus melalui app tu. Tapi masalahnya, banyak app ni sebenarnya ada malware yang boleh spy semua data dalam phone korang. Dengan info tu, e-Ah long boleh ugut, ancam, atau sebarkan data korang kalau korang gagal bayar.

Biasanya app macam ni tak ada dalam Playstore atau Apps Store, diorang akan suruh download melalui link tertentu. Kalau korang ikut, memang bahaya gila!

Macam mana nak elak dari terkena scam?

Senang je, ikut tips ni:

  • Pastikan app hanya ada dalam Playstore atau Apps Store.
  • Check syarikat ada lesen sah dari KPKT.
  • Baca reviews & rating sebelum download app.
  • Buat research tentang syarikat sebelum apply pinjaman.
  • Jangan bagi app akses kepada maklumat sensitif seperti contact list atau lokasi.
  • Jangan serahkan kad ATM, sebab pegang kad orang lain memang salah di sisi undang-undang KPKT.

RinggitPlus (trusted)

Apa itu RinggitPlus?

RinggitPlus adalah platform yang bantu korang bandingkan pinjaman dari bank dan pemberi pinjaman berlesen supaya korang boleh pilih yang paling sesuai. Korang juga boleh guna feature calculator untuk kira sendiri kos pinjaman sebelum apply, jadi takde surprise nanti.

Best part, korang boleh apply terus pinjaman melalui RinggitPlus. Semua urusan diuruskan dengan mudah & cepat. Dari segi keselamatan, korang tak payah risau sebab RinggitPlus hanya senaraikan kredit komuniti yang berlesen dan disahkan oleh KPKT.

Macam mana nak apply melalui RinggitPlus?

Prosesnya senang & pantas, biasanya kurang dari 10 minit. Semua boleh dibuat dari rumah. Korang akan dibantu WhatsApp chatbot untuk isi maklumat yang diperlukan sebelum permohonan dihantar ke bank untuk tindakan selanjutnya.

Kalau korang berminat, boleh terus click sini untuk apply melalui RinggitPlus – semua sah, selamat, dan mudah.

RinggitPlus adalah salah satu platform pinjaman peribadi yang selamat
Credit to FintechNews

CashLoan by Touch N Go

Apa itu CashLoan?

CashLoan adalah feature terbaru dalam Touch N Go EWallet yang membolehkan korang buat pinjaman peribadi sehingga RM100,000 dengan tempoh bayar balik sehingga 7 tahun. Ia menggantikan GoPinjam, jadi kalau korang tak pernah apply sebelum ni, mungkin korang tak akan nampak GoPinjam lagi dalam app Touch N Go.

Berbeza dengan GoPinjam, CashLoan membolehkan korang buat pinjaman lebih besar dan untuk jangka masa lebih panjang, sesuai untuk keperluan yang lebih serius.

Macam mana nak apply CashLoan?

Proses apply CashLoan sangat senang dan pantas – semuanya boleh dibuat terus melalui app Touch N Go. Korang cuma perlu:

  • Akses CashLoan dalam app Touch N Go.
  • Ikut arahan dan upload dokumen yang diperlukan oleh bank.
  • Tunggu proses kelulusan dari CIMB Bank.

CashLoan diuruskan oleh CIMB Bank, jadi pastikan korang tiada masalah atau rekod negatif dengan CIMB Bank untuk memastikan permohonan smooth.

Secara keseluruhan, CashLoan by Touch N Go memang selamat, mudah, dan cepat untuk korang buat pinjaman peribadi.

Kalau korang berminat, boleh terus click sini untuk apply CashLoan melalui Touch N Go – sah, selamat, dan mudah.

Direct Lending (trusted)

Apa itu Direct Lending?

Direct Lending adalah platform perbandingan kewangan yang hampir sama dengan RinggitPlus. Bezanya, platform ni lebih straightforward – korang tak payah pening, terus apply je. Fokus utama Direct Lending adalah kemudahan customer, jadi proses pinjaman jadi lebih cepat dan mudah.

Macam mana Direct Lending bantu korang?

Dengan Direct Lending, korang boleh apply pinjaman peribadi terus melalui platform. Lepas tu, sistem akan rekemenkan pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan korang.

Secara keseluruhan, Direct Lending memang selamat untuk korang gunakan, sebab platform ni hanya senaraikan pinjaman yang sah dan berlesen.

Kalau korang berminat, boleh terus click sini untuk apply melalui Direct Lending – semua sah, selamat, dan mudah.

Direct Lending

Sloan by Shopee

Apa itu Sloan?

Sloan adalah pemberi pinjaman berlesen yang disediakan oleh SEA MONEY CAPITAL untuk pengguna Shopee yang terpilih. Kalau korang kaki shopping kat Shopee, kadang korang akan ditawarkan Sloan untuk buat pinjaman peribadi direct ke bank.

Sloan ada dalam app Shopee, tapi kalau korang tak jumpa, maksudnya korang tak layak untuk pinjaman ni.

Macam mana nak guna Sloan?

Kalau korang nampak Sloan dalam app Shopee, itu bermaksud korang layak. Untuk apply:

  • Activekan pinjaman dengan submit verification.
  • Pihak Sloan akan review dan tetapkan jumlah maksimum yang korang boleh pinjam.
  • Bila dah settle verification, korang boleh apply pinjaman peribadi.
  • Duit akan terus masuk ke akaun bank korang.

SEA MONEY CAPITAL adalah pemberi pinjaman sah di bawah KPKT, jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan atau risiko scam.

Sloan

Tambadana (trusted)

Apa itu Tambadana?

Tambadana menawarkan pinjaman peribadi yang sesuai kalau korang memang perlukan dana cepat dan selamat. Platform ni dipercayai sebab maklumat syarikat jelas dan ada lesen sah dari KPKT, bermakna ia dikawal selia supaya semua urusan pinjaman mengikut undang-undang.

Macam mana nak apply Tambadana?

Korang boleh apply pinjaman peribadi direct melalui website rasmi Tambadana atau melalui RinggitPlus, jadi semuanya boleh dilakukan dalam satu platform.

Tambadana juga ada feature calculator yang membolehkan korang kira sendiri interest dan bayaran bulanan sebelum apply pinjaman. Ini membantu korang buat keputusan yang lebih bijak dan mengelakkan masalah kewangan di masa depan.

Kalau korang nak, boleh terus click sini untuk ke website rasmi Tambadana – sah, selamat, dan mudah.

tambadana

Adacash (trusted)

Apa itu Adacash?

Adacash hampir sama macam Tambadana, tapi lebih fokus pada pinjaman peribadi sehingga RM5,000 dengan proses cepat. Kalau korang memang urgent nak dapatkan duit, Adacash memang sesuai sebab pinjaman boleh masuk pada hari yang sama.

Macam mana nak apply Adacash?

Korang boleh apply direct melalui website rasmi Adacash. Di website ni, semua info tentang syarikat lengkap, termasuk fakta penting bahawa Adacash ada lesen sah dari KPKT. Ini memastikan proses pinjaman korang selamat dan mengikut undang-undang.

Kalau korang nak, boleh terus click sini untuk ke website rasmi Adacash – sah, cepat, dan selamat.

adacash

ACOM (trusted)

Apa itu ACOM?

ACOM lebih kurang sama macam Tambadana dan Adacash. Ia adalah pemberi pinjaman sah kerana mempunyai lesen dari KPKT. Jadi kalau korang terjumpa iklan atau tawaran dari ACOM, korang boleh yakin yang platform ni selamat untuk digunakan.

Macam mana nak apply ACOM?

Korang boleh apply direct melalui website rasmi ACOM. Semua info tentang syarikat lengkap dan sah, jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan atau risiko scam. Untuk info lebih lanjut, korang boleh rujuk sini untuk ACOM – semua sah dan selamat.

iMoney (trusted)

Apa itu iMoney?

iMoney adalah platform all-in-one yang hampir sama macam RinggitPlus dan Direct Lending. Ia membolehkan korang bandingkan hampir semua pinjaman peribadi yang ada di Malaysia, termasuk bank, koperasi, dan pemberi pinjaman berlesen yang sah di bawah KPKT.

Kalau korang nak cara mudah dan tak nak pening kepala cari satu persatu pinjaman, iMoney memang sesuai. Semua info lengkap dan transparent, jadi korang boleh buat pilihan yang bijak.

Macam mana nak apply iMoney?

Korang boleh apply direct melalui website rasmi iMoney. Semua proses selamat dan sah. Untuk info lebih lanjut, korang boleh rujuk sini untuk iMoney.

instaDuit (trusted)

Apa itu instaDuit?

instaDuit lebih kurang sama macam Tambadana dan Adacash. Tapi beza dia, instaDuit adalah pemberi pinjaman direct, bukan platform perbandingan. Syarikat ni sah dan berdaftar di bawah KPKT, jadi korang boleh yakin ia legit dan selamat.

instaDuit juga disenaraikan dalam RinggitPlus, jadi korang ada dua pilihan – apply terus melalui RinggitPlus atau direct melalui website instaDuit.

Macam mana nak apply instaDuit?

Korang boleh apply direct melalui website rasmi instaDuit atau melalui RinggitPlus untuk kemudahan. Semua proses selamat dan sah. Untuk info lebih lanjut, boleh klik sini untuk instaDuit.

InstaDuit

BERJAGA JAGA!

Walaupun pemberi pinjaman wang itu LEGIT dan sah dari segi undang undang, tidak bermaksud TIDAK AKAN BERLAKUNYA PENIPUAN. Sentiasa berwaspada.

Cara nak tahu pinjaman peribadi yang selamat

Pemberi pinjaman dari bank

Pinjaman peribadi melalui bank memang paling selamat sebab bank di kawal selia penuh oleh undang-undang. Bank kutip hutang melalui prosedur rasmi sahaja, jadi korang tak perlu risau tentang ugutan, tekanan, atau taktik haram.

  • Hanya berurusan dengan bank berlesen
  • Kutipan hutang melalui mahkamah sahaja
  • Sesuai untuk keselamatan diri dan keluarga

Pinjaman berlesen mesti ada website official

Platform pinjaman yang sah akan ada website rasmi dengan domain HTTPS yang legit. Website ni memaparkan info lengkap tentang syarikat, produk pinjaman, dan nombor lesen KPKT, memastikan korang boleh semak kesahihan dan kredibiliti syarikat.

  • Pastikan domain HTTPS & secure
  • Ada info produk dan nombor lesen KPKT
  • Memudahkan pelanggan semak kesahihan syarikat

Wajib tengok tarikh operasi syarikat

Syarikat yang lama beroperasi biasanya lebih trusted kerana mereka dah lalui cabaran ekonomi dan pengalaman mengurus isu pinjaman. Review pelanggan pun banyak, memberikan insight sebenar tentang servis dan kredibiliti mereka.

  • Syarikat berpengalaman lebih dipercayai
  • Banyak review pelanggan sebenar
  • Menunjukkan kemampuan mengurus isu pinjaman

Syarikat pinjaman mesti ada lesen KPKT

Lesen KPKT adalah bukti syarikat di kawal selia. Dengan lesen ini, korang boleh yakin bahawa kutipan hutang hanya melalui cara sah, bukan ugutan atau teknik haram. Ia juga menjamin keselamatan diri dan keluarga.

  • Lesan sah dari KPKT
  • Kutipan hutang hanya melalui undang-undang
  • Kurangkan risiko scam atau ugutan

PPW yang sah mesti ada pejabat fizikal

Syarikat berlesen akan mempunyai pejabat fizikal yang boleh disahkan, jadi pelanggan boleh datang berurusan sendiri. Ini menambah tahap kredibiliti dan memudahkan tindakan jika ada isu, berbanding syarikat tanpa pejabat.

  • Alamat pejabat sah dan boleh disahkan
  • Memudahkan pelanggan berurusan
  • Tingkatkan kredibiliti syarikat

Syarikat kena ada media sosial yang aktif

Media sosial boleh jadi indikator reputasi. Syarikat legit akan aktif memaparkan info, tips kewangan, dan kemas kini produk, menunjukkan mereka komited kepada engagement dengan pelanggan dan menjaga kepercayaan pelanggan.

  • Page aktif dengan followers ramai
  • Update info dan tips kewangan
  • Menunjukkan komitmen pada pelanggan

Sentiasa update dan maklumat terkini

Syarikat legit akan selalu update info di website dan media sosial tentang produk dan servis terkini. Ini menunjukkan mereka komited dan sentiasa memberi info berguna supaya pelanggan sentiasa maklum tentang pinjaman yang ditawarkan.

  • Info produk sentiasa dikemaskini
  • Update artikel dan tips berguna
  • Memastikan pelanggan sentiasa mendapat info terkini

Semak review dari customer

Review dari pengguna sebenar boleh beri gambaran pengalaman sebenar menggunakan servis. Semak platform seperti Google Reviews atau Trustpilot supaya korang boleh nilai kredibiliti dan pengalaman pelanggan sebelum buat keputusan.

  • Semak review di Google, Trustpilot
  • Review jujur dari pengguna sebenar
  • Membantu buat keputusan tepat

Tengok populariti syarikat

Syarikat yang dikenali ramai biasanya menjaga reputasi mereka. Walaupun syarikat baru juga boleh selamat, populariti dan brand yang kuat memberi keyakinan tambahan bahawa mereka legit dan tidak menipu pelanggan.

  • Populariti tinggi = lebih dipercayai
  • Brand kuat menjaga reputasi
  • Tetapi syarikat baru pun selamat jika memenuhi kriteria

Wajib baca Terma & Syarat

Terma dan syarat jelas adalah tanda syarikat legit. Semua info tentang interest, fees, dan syarat lain ditunjukkan secara transparan supaya pelanggan boleh buat keputusan bijak dan mengelakkan masalah di kemudian hari.

  • Interest dan fees jelas
  • Semua syarat ditunjukkan secara transparan
  • Membantu pelanggan buat keputusan bijak
Nak buat pinjaman peribadi? Kena cari lah tempat yang selamat.
Photo by cottonbro studio

Syarikat tak boleh minta kad ATM & password

Syarikat pinjaman berlesen takkan sesekali meminta kad ATM & password bank korang. Kalau syarikat minta untuk pegang kad bank bermaksud syarikat tu tak selamat untuk korang berurusan. Jika syarikat tu adalah syarikat berlesen dan masih meminta kad untuk dipegang, korang boleh buat report di portal KPKT. Lesen diorang boleh ditarik balik.

Takkan sesekali ada duit pendahuluan

Tak kira siapa pun diorang, tak kira duit apa yang diorang minta, korang yang nak pinjam duit memang tak patut bayar duit pendahuluan kepada diorang. Duit duty stem dan apa sahaja itu biasanya akan ditolak dari pinjaman korang. Kalau ada yang minta duit dulu baru diorang process itu bermaksud SCAMMER. Ahlong pun takkan minta duit pendahuluan dari korang.

Respons syarikat terhadap pertanyaan

Syarikat yang memberikan respons yang cepat dan membantu kepada pertanyaan pelanggan menunjukkan tahap perkhidmatan pelanggan yang baik. Ini adalah penting kerana ia menunjukkan syarikat itu mengambil berat tentang kepuasan pelanggan.

Kesimpulan dalam artikel ni

Jadi, itulah senarai pinjaman peribadi yang selamat di Malaysia. Ingat, hanya pinjaman daripada bank atau syarikat yang berdaftar dengan KPKT yang dianggap selamat. Ini penting untuk memastikan keselamatan diri dan mengelakkan risiko scam atau ahlong.

Pinjaman adalah komitmen jangka panjang, jadi korang kena pastikan syarikat yang dipilih transparent, bertanggungjawab, dan diiktiraf pihak berkuasa. Jangan terburu-buru – pilih platform yang sah supaya urusan korang mudah dan selamat.

Nota: Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan tentang artikel ini, korang boleh terus berhubung dengan pihak kami di [email protected].