Tujuan Google Adsense
Platform Google Adsense ni tak lain tak bukan untuk korang dapatkan duit dari pengiklanan melalui blog korang sendiri. Google Adsense adalah salah satu cara untuk korang dapatkan duit melalui content penulisan yang korang buat. Tapi yang menjadi masalah, nak dapatkan kelulusan dari pihak Google Adsense tu tak mudah.
Memang susah sangat sangat. Portal Hackers Malaysia ni pun dapat kelulusan selepas 2 kali gagal. Kena reject sebab masalah content.
Sebab google adsense ni hanya berikan kelulusan pada blog yang mencapai standard Google & paling penting blog yang korang hasilkan tu sangat berkualiti tinggi. Content tak perlu cakap, memang kena ada banyak & kualiti memang sentiasa kena jaga. Google cuma nak yang terbaik untuk pembaca. Jadi Google hanya rank content yang ada value dan dicara oleh pembaca.
Kalau content korang tiada value, memang susah sikit la nak rank, apatah lagi nak dapatkan kelulusan dari Google Adsense.

1. Pastikan ada 15 artikel yang berkualiti (minimum)
Artikel berkualiti tinggi tu sangat penting. Korang kena tulis sekurang kurangnya 15 artikel ke atas. Lebih banyak lebih baik. Kalau artikel korang cuma satu, memang akan kena reject macam tu je. Kalau korang masih baru dalam bidang ni, jangan fokus untuk buat duit. Jangan fokus pada Google Adsense.
Fokus pada content. Jangan mengharap dari Google Adsense. Ingat, Google Adsense bukan sumber income yang stabil.
Dalam dunia Google, top content paling utama sekali. Kalau semua benda korang dah buat, tapi content sampah, google memang takkan pandang. Fokus untuk buat 30 content yang boleh bantu pembaca dengan info info yang sangat penting. Setiap content yang korang buat tu pastikan panjang dia melebihi 1000 patah perkataan keatas. Lebih banyak value dan info yang korang tulis dalam post tu, lebih mudah la nak rank.
Tapi kalau korang tulis panjang panjang, sekadar banyak bunga, banyak cerita benda bosan, tak banyak point, still Google takkan pandang. Post korang memang takkan rank pun dalam carian Google.
Kalau korang tulis 300 patah perkataan kebawah, itu akan buatkan blog korang mudah sangat kena reject. Sebabnya semua content korang akan dikategorikan sebagai THIN CONTENT.
2. Pastikan blog berusia 6 bulan keatas
Usia domain penting pada Google Adsense.
Hari ni baru register domain, hari ni juga terus apply, memang kena reject terus. Google nak usia domain sekurang kurangnya atas dari 4-6 bulan. Ini sekurang kurangnya. Lebih terbaik, setahun keatas baru korang start apply. Lagi pun tak guna apply awal awal. Duit memang takkan masuk punya walaupun dah dapat kelulusan.
Google hanya akan berikan kelulusan pada blog yang dah berusia lebih dari 4-6 bulan keatas. Lagi lama usia blog, lagi mudah nak dapat kelulusan berbanding blog yang baru kita buat beberapa minit yang lalu.

3. Pastikan website laju & optimize
Kalau website korang ada banyak feature dan tentu tentu dia akan jadi berat dan code yang ada akan jadi complex. Ini akan sebabkan speed website korang jadi slow dan akan buatkan ramai user menunggu untuk load.
Bila benda ni jadi, akan effect dengan ranking post korang. Sebabnya Google titik beratkan blog yang laju & ringan untuk pembaca. Sekali click tak ada dah nak loading, terus keluar je. Pembaca cuma nak baca, bila click pada blog, jadi bila website lambat terutama kalau pembaca tu guna data je.
Confirm lah ramai user yang akan lari. Tak jadi nak tengok dan akan cari website lain pulak. Ni sebenarnya satu signal pada Google yang website korang sangat slow. Google tak suka dengan website slow.
4. Ada visitor dalam sebulan
Mesti ada visitor dari carian Google tu sendiri. Bukan dari media sosial dan bukan dari mana mana platform. Korang tak perlu ada banyak visitor untuk dapatkan kelulusan. Cukup dalam 100 orang sebulan, korang dah boleh dapat kelulusan dari Google Adsense.
Korang boleh gunakan Google Analytics + Google Console untuk tahu berapa jumlah visitor yang visit blog korang. Ni bukan syarat wajib untuk dapatkan kelulusan, tapi kalau dah ada traffic lagi mudah Google Adsense nak luluskan.
Sebab tu pentingnya kita fokus pada content dulu. Duit tu akan datang kemudian.
5. Ada privacy policy
Wajib ada page privacy policy. Korang kena bagi tahu dalam page tu, data apa yang korang collect dari pembaca. Penting untuk pembaca tahu. Privacy policy ni tak boleh copypaste dari blog lain. Kena buat sendiri. Boleh guna privacy policy generator untuk lagi mudah. Yang ni wajib ada, kalau tak susah nak dapatkan kelulusan.

6. Disclamer
Benda ni tak wajib ada, tapi kalau ada lagi bagus. Peluang lagi cerah untuk dapat kelulusan. Disclamer ni untuk korang terangkan pada semua pembaca, tentang copyright & content yang korang buat.
Kalau artikel korang ada kaitan dengan orang lain, korang kena bagi credit pada orang tu dalam blog. Google Adsense suka dengan blog yang menjaga copyright atau bahasa mudah jenis menghormati content yang orang lain buat. Kalau bukan milik korang, korang kenalah creditkan nama orang yang sepatutnya dalam blog.
7. Design blog yang baik
Design dalam blog tak boleh buat pembaca confius. Kalau navigation dalam website buatkan pembaca confius dan susah nak tutup segala popup yang ada, memang website korang mudah kena reject. Ni paling penting. Pastikan semua link boleh diaccess. Pastikan semua button dalam blog berfungsi dengan baik. Walau ada satu button yang tak function, tetap kena reject dengan google adsense.
Bila masuk blog, pastikan pembaca mudah nak faham, mudah nak pergi ke page seterusnya, tengok menu dan lain lain. Kalau mengelirukan, dan ada broken link walaupun satu, memang website akan kena reject sampailah korang betulkan.

8. Tak boleh ada broken link
Broken link maksudnya page yang tak wujud dalam blog korang. Linknya ada, tapi disebabkan korang dah pindahkan content ketempat yang lain, atau korang memang dah tak guna dah, korang kenalah padam link yang tak berguna ni. Selalu buat check up disini Dr Link Check Kalau ada link broken, walau pun satu korang mesti padamkan awal awal sebelum apply ke Google Adsense. Padamkan awal awal sebelum apply. Google Adsense memang titikberatkan benda ni.
9. Mudah dibaca & difahami
Penggunaan font kalau buat pembaca serabut, terlalu kecik, salah color sampai sebabkan pembaca tak boleh baca, memang kena reject. So penting untuk kita setup font yang bagus, color yang baik & mudah orang lain nak baca. Baru la Google Adsense mudah bagi kelulusan.
10. Semua content mesti original
Original content tu penting. Semua orang suka dengan content original. Apa sahaja content yang kita buat, pastikan original. Termasuk gambar, kita tak boleh pakai gambar dalam google. Itu semua milik orang lain. Sebab kita tak ada kebenaran copyright atas gambar yang kita guna. Gunakan platform yang menyediakan gambar premium & copyright secara berbayar. Contoh platform adalah https://www.vecteezy.com
Kalau korang gunakan gambar dalam google, atau facebook atau dari mana mana yang korang tak tahu sumbernya, kemungkinan Google Adsense akan reject. Melainkan korang tahu sumber, dan letakkan credit pada gambar yang korang pakai.